Pages

15 May 2018

Kenduri Kawen Dan Ke GM Klang

Hoih.
1st time mak Rizq pergi GM Klang ni tau.
Okay. Jap lagi kita citer.
Sekarang kita citer pasal kenduri kawen dulu.


Ini adalah kenduri office mate.
Memang ini pasangan office juga.
Tak sangka, after 10years kami kawen, ada lagi yang ikut jejak kami.
Yang ini lagi tak sangka sbb memang tak sangka (apa punya banyak tak sangka daaaa...).
Deme ni entah bila bercinta.
Tetau tetiba w.app tanya ada kat rumah tak.
Tu lah. Yang adik jantan sorang tu.
Dia tu memang lah rapat dgn kakak dia ni.
Dan mak Rizq pun apa2 hal berkaitan IT memang refer ke dia je.
Pastu, ada satu hari tu lps balik office duk tanya kita ada kat rumah ke dak.
Siap call asben bila tak dapat call mak Rizq.
Eh. Macam penting sgt ni.
Siap suh send no rumah segala.
Okay lah.
Sekali ttiba dalam kul 7pm tu terjengui muka dia depan pintu.
Terperanjat giler! Pastu bagi kad.
Pastu bila baca.
OMG! OMG!.
Dan pastu rupanya dia bawa juga pasangan dia tu.
Haha.
Pasangan dia ni pun mak Rizq rapat juga, tapi tak la se rapat adik jantan sorang tu. Yang tu memang dari muda dulu kiterang byk gi sana sana sesama. Ngan kengkawan lain lah. Masa tu mak pun dah kawen. Kira kuar in grup.





Ini lah dinamakan jodoh kan.
Semua orang office pun tatau. 
Terharu juga sbb depa sampai datang rumah nak bagi kad jemputan.
Alahai.. sayang sangat ni kat depa ni.
Maka, kami pun pergi lah ke kendurinya.
Lps pilihan raya - 12 Mei 2018. Di Klang.
Tu yang weols decide nak balik mengundi Perak dulu.
If not, mmg balik PJ then baru balik Perak.

Weols mmg jarang turun area Klang ni.
Itu yang terus ajak ayah Rizq pergi GM Klang.
Bukan tau kat mana. Guna google maps lah. Itu pun sbb tgh buat jalan kat situ, jadi macam ada terlepas jalan jugak. Aiyooo....
Ambik gambar sbb kang melarat entah ke mana.

Budak kecik ni mmg taknak pakai stroller.

Best lah GM Klang ni.
Best dari Kenanga.
Masa tu, kira cam da nak petang kiterang sampai tu.
Ingat macam susah la dpt parking.
Bila masuk tgk, eh, okay ja.
Pastu sbb dia besar, orang mmg ramai, tapi dalam tu takde la sesak ke apa.
Okay ja.
Cuma laluan tu mcm kecik jugak lah.
Kenanga luas sket.
Dan barang lagi murah dari Kenanga.
Sbb kat sini, beli dalam 2,3 helai pun dah boleh dpt harga borong.
Beli ikat tudung tu - satu RM10, dua pun RM10. Ha..acena. Harus lah beli 2. Haha.
Ayah Rizq pun kata best. Dia suka situ dari Kenanga.
Ini sudah bagus. Hahahaha (gelak gembira).
Lagi pun sebenarnya dari KL senang juga nak pergi. 
Masuk ikut Kesas je. Exit Bandar Botani.
Nak balik pun, masuk je Kesas. Terus je lah.
Jauh memang lah jauh. Kot sesekali boleh la.

Apa je kiterang beli situ. Sbb bkn nawaitu nya nak soping sgt pun.
Dapat la blouse ngan skirt utk mak Rizq. 4 helai RM100. Haha. Cheapskate. Jadik lah utk pakaian harian ke office.
Pastu utk Rizq dapat la kemeja ngan seluar. RM60 - 3 helai. Siap akak suh ambik lagi satu. Dia bagi RM20 gak. Huwaaaa... godaan betul.
Pastu ayah Rizq beli seluar jogger pants tu. Ngan jam.
Pastu tgh jalan2 tu, nampak mak pak tolak anak dia ngan magic stroller tu.
Kiterang fikir, mesti menda tu ada kat situ.
Ye, mmg ada. Tingkat 3.
Tanya 2,3 kedai ja.
Terus angkat. RM70.
Yang gini.
Kiterang amik kaler hitam tu. Rizq mmg suka naik jenis2 camni. Orang tolak2 dia kan.
Ayah Rizq kata, rugi ja beli stroller ribu riban dulu. Last2 guna stroller 70hinggit. Haha.
Tapi, menda camni murah lagi kat situ dari Jalan Raja Bot tu.

Best lah. Nanti nak pergi lagi lah.
Hohohoho.

1 juta komen:

yang baca pun rasa tergoda.... kekda nihhh tauuu.....hehehe....[bila la nak pg GM Klang nihhh]

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign