Pages

25 July 2017

Salam 1 Zulkaedah

Syawal dah tamat.
Da masuk Zulkaedah pun.
Orang pun da start pergi haji.
Tahun ni ramai juga staff office yg dapat panggilan menunaikan haji.
Semoga mendapat haji yang mabrur :)

Oh. Baru tingat takde citer Syawal tahun ni.
Huhu.
Lagipun takde sakan sgt raya tahun ni.
So so je. Tu yg takde citer.
Tapi, ada buat birthday dak Rizq.
Tu nanti kite citer okeh.
Sekarang blog memang mandom,kan?
Semua orang pun macam dah tak layan blog.
Nak dapat info apa2 carik je kat FB.
Tu lah susah.
Nak carik info percutian, best lagi carik kat blog.
Tapi, dah takde info latest dah.
Dah tak ramai nak share percutian dah :(
Lepas tu macam blog2 viral (entah nak panggil apa blog yg selalu ambik artikel mana2 tu) yg byk up citer. Tak best. Nak personal blog juga yg tulis. Baru real.

Jamuan raya office tahun ni pun takde yg official.
Kami buat skali dgn majlis penutup sukan.
Sukan ni pun nanti mak citer jugak lah.
Tahun ni buat kat Pahang.

Gegambar pun byk kat FB.
A ah la uols. Mak dah aktif balik kt FB. Haha.
Hehari menebeng kat situ.
Bukan per, byk grup yg mak follow kat FB.
Jadi, mak rajin berbalas komen dalam grup2 tu.
Esp grup #bfmembers dgn #soaljawabkanakkanak.
Oh. Mak juga da delete grup w.app TTC Dr Natasha.
Last year mak gather beberapa orang utk info berkaitan fertility treatment kat KL Fert.
Then, lps tu macam xtvt asyik tak jadi je, so macam da tak berfungsi grup tu.
So, dah delete.
Eh. Tapi, mak tatau lah samada orang lain tgk ada lagi ke tak grup tu.
Mmg mak admin, tapi bila delete grup tu dia otomatik delete ke cemna.
Ah. Lantak lah.
Kalo still ada lagi, korang pepandai lah left grup tu ya anak anak. Haha.

Dah tua tua ni malas mak nak sesak2 fikir memacam dah.
Mak buat "lantak hang lah"
Macam previous post. Memang macam mengganggu pikiran.
Tapi, lantak lah.
Malas nak pikir.
Mak ni 2 tahun lagi dah masuk 40 tahun.
Dah boleh nak pencen pilihan dah.
Kalau lah mak rajin nak kerjakan tanah tinggalan arwah ayah tu, mak rasa mak boleh survive until mak dapat pencen pada umo 55thn nanti. Hasil tanah tu, InsyaAllah mmg kurang lebih gaji skrg kalau diusahakan secara serious dan komersil.
Tapi tu lah, mak dah ada dak Rizq skrg. Kena fikirkan ke-maslahatan dia jugak.
Kerja govt ni benefit byk utk dia. 

Okay lah.
Takde lah nak citer apa2.
Just nak jot down tarikh 1 Zulkaedah tu je.
Hihi.
Bulan Syawal tu ari mak kandas juga nak berpuasa 6.
Mak dapat puasa 3 je.
Huhu.
Banyak lagi tak terganti ni weh.


20 July 2017

Rasa Ini Sangat Tak Baik

Pernah tak ada rasa macam ni :- rasa "suwei" atau rasa bad luck utk satu hari bila pepagi kita dah nampak orang yg kita tak suka. Orang tu lah orang pertama yg kita nampak. Padahal kita dah berdoa agar bukan dia lah yang pertama kita nampak. Atau janganlah ternampak dia pepagi ini. Tapi, memang dia orang kita nampak. Memang dari jauh dah nampak orang tu.
Dan dan tu terus rasa "suwei" (bad luck) sepanjang hari!
Bukan lah aku benci giler orang tu.
Tapi..entah lah.
Macam quote bawah ni. I feel better if orang tu takde.

Korang mungkin tak pernah rasa camtu.
Sebab semua orang berhati mulia dan bersih.
Tapi, 
Aku pernah.
Lama dah masa tu.
Sebab kita nak meluahkan tak boleh.
Tapi, kita kena telan hakikat yg kita kena hadap orang tu hehari.
Jadi, memang rasa sangat sangat tak selesa. Sampai tahap kalau orang tu lah aku terpandang awal2, aku akan rasa "suck" terus satu hari. Boleh menyebabkan kemurungan seharian.
Masa tu dah la aku terlalu mentah.
Tapi, kesabaran ada batasannya.
Aku segera cari jalan penyelesaian.
Permasalahan selesai.
Aku kembali hidup gembira dan orang tu sampai ke sudah tak tahu cara aku menyelesaikan masalah tu [mungkin].

Now, after berbelas tahun, rasa itu kembali lagi.
No. Aku bukan benci orang.
Cuma macam aku kata tu lah - aku selesa if orang tu takde; dari ada. Gitu.
Tapi, entah lah. Aku sebenarnya takde masalah pun dengan perangai orang.
Lantak lah hang perangai cemna pun.
Bukan effect gaji aku pun. Kan?
Tapi, ada jenis yg memang aku langsung tak buleh accept.
Aku dah fikir kebaikan dia.
Aku dah fikir side positive dia.
No! "black" side aku tetap mengatakan yg aku tak bleh stand.
"White" side terus memujuk.
Tapi, aku tak boleh hipokrit.
Memang, jahat betul aku ni.
Entah ek.
Kalau tak boleh terima tu, tetap lah aku tak boleh terima.
Tapi, rasa itu akan bawa negative vibe dalam badan je.
Masalah betul.
Sebab tu aku tak suka rasa ini.
Tapi, aku tak boleh delete rasa itu.
Kalau boleh delete senang lah.

Apa yang aku boleh buat adalah berdoa agar hati aku tak terus begini.
Aku tak suka.
Tapi, aku juga tak boleh hipokrit.
Dan aku juga tak reti nak jadi "fake"
Aku tahu tak baik tak suka orang. Tak baik benci orang.
But.. aku bukan insan yang maksum.
Sebenar, bukan lah aku benci sangat.
More to kepada; tak perlu orang tu ada dalam life aku sudah lah.
But, itu takkan terjadi utk waktu terdekat ni.
Dan terpaksa lah hadap juga.
Oh Tuhan.........................


19 July 2017

Service Breast Pump

Breast pump ni kira cam nyawa lah utk ibu ibu bf (fully bf to be exact).
Atau kalau bukan nyawa, kira bff kepada ibu bf. Ha..gitew.
Hari ni mak Rizq nak citer berkaitan cemna nak service breast pump.
Atau kat mana nak service breast pump.
Utk info, mak Rizq guna Autumnz Serene ja.
Takde la "makdela" freestyle bagai tu khen.
Hihi.
Tapi, mak suka ja si Serene ni. Sgt compatible. Ringan pastu senyap sesenyap nya.
Ekceli mak ada back up pump. Yg murah2 beli kt shoopee tu. Apa ke brand nya. Lupa dah.
Tapi, bunyi.. MasyaAllah... serupa mesin air tebu.
Smpai sekarang mak tak sampai hati nak guna. Huhu.

Okay. Mak start guna si Serene ni secara serius pada umur Rizq 5 bulan.
Sebab mak mula antar Rizq ke nenek asuh masa 5 bulan.
So, umo 5 bulan lah baru mak start kerja dan secara khususnya masa tu lah mak start pam. Bulan Oktober, 2016.

Mak biasa guna level 3/4 saja.
Setiap mode.
Serene ni ada 3 mode.
Setiap mode tu adalah kegunaan dia. Mak mak yg guna tahu lah apa kegunaan dia. Bila nak tekan mode massage, expression, power expression. Masa LDR tu nak tekan yg mana. Semua tu mak mak bf mesti biasa lah kan.

Jadi, masa bulan May, 2017, mak dah rasa si Serene ni kurang suction nya.
Nak kata sbb valve, dah tukar valve.
Valve ni kena tukar setiap 3 bulan sebaiknya.
Dan jangan di sterilize kan. Just rendam dgn warm water, wash dgn bottle cleanser tu, pastu bilas then keringkan. Masa memula mak pi sterilize, sekejap je dia cam tak power dah. Part lain mmg bleh sterilize, valve ni je tak boleh. Nanti dia cepat kembang.
Bila dah kurang suction, mak pergi hantar je lah service.
Kalau ibu ibu berada di KL, ibu ibu buleh hantar di 
Autumnz
ATZ Care Sdn Bhd (876935-D)
16-1 , Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah 2
Hulu Kelang , 68000 Ampang
Selangor , Malaysia
Telephone
Office – 03-41619333
Wholesale Enquiries – 012 790 1955
Online Enquiries – 013 342 3938
Service & Repair Enquiries – 012 790 6763
Operation Hours
Monday – Friday 9am to 6pm
Saturday 9am to 1pm
Closed on Sunday & Public Holidays

Kalau masih under warranty, ibu ibu akan dapat free service.
Dan sementara pam kena servis, ibu akan dapat loan unit.

Loan unit ni depends on stock availability jugak rasanya.
Mak tu hari, bernasib baik sbb ada loan unit.
Kalau guna loan unit ni, kena letak depo RM50.
Nanti dah hantar, dia bagi balik RM50 tu.
Okay lah kan?
Mak tu hari hantar dkt nak sebulan gak.
Bukan dia baiki dkt nak sebulan.
Tapi, mak yg tak de masa nak gi amik.
Haha.
Penyudahnya ayah Rizq yang gi ambik. Sebenar nak tukar battery skali (battery tak cover dlm warranty, kena beli sendiri).

Jadi, kalau uols rasa best friend korang ni dah kurang suction, dah rasa tak se-power awal2, yield tak sehebat dulu (tp yield ni pun byk faktor, tak semestinya sbb pam, kan?), bleh la try antar service. Elok antar setahun skali. Biar derang tgk apa yg patut. 

Cuma kalau luar KL, mak tak pasti cemna prosedur.
Kena post ke cemana ke, kan?
Tapi, kalau kat KL ni ada juga kedai2 baby yg buat service pam ni.
Boleh google jugak.
Cuma, kalau masih under warranty, better antar lah kat centre dia ni.
Boleh tgk web autumnz ni utk info lanjut [autumnz]

18 July 2017

Cara Bersalam

Dalam proses nak men delete emel2. Sbb dah penuh sgt. Emel office.
Pastu jumpa plak emel cute carry ni.
Satu yg bagus utk di share ni.

Pandangan kali pertama adalah penting. Sehubungan dengan itu, CuteCarry selalu mengingatkan peserta agar bersalam dengan cara yang betul. Teknik yang digunakan adalah SAHABAT

S – Salam dengan betul. Jangan terlalu jauh dan dekat. Cara kita bersalam akan menunjukkan siapakah diri kita.

A – Ajukan soalan. Contoh soalan yang mudah diajukan adalah bertanya khabar. Cuba sebut nama orang yang kita bersalam sebanyak tiga kali. Contohnya… ‘apa khabar En Ali..En Ali sihat? baru sampai dari mana En Ali?’. Orang lain lebih tertarik jika kita menyebut nama mereka beberapa kali.

H – Hadiahkan senyuman. Nampak ringan tetapi senyum yang betul akan menarik perhatian orang lain.

A – Ajukan soalan lagi. Ini boleh digunakan jika kita tiada ‘modal’ hendak bercakap apa.

B – Bahasa badan perlu dijaga. Ia memberikan indikasi berkenaan sikap kita.

A – Anak mata perlu dijaga. Pertemua rasmi ataupun bertemu kali pertama, anak mata memandang mata orang yang kita salam dan keatas dahi. Jika mula mesra, baru boleh melihat keseluruhan muka. Jangan pandang atas bawah jika pertama kali bertemu ye..

T – Tiru gaya orang itu (mirroring). Mereka akan lebih terpengaruh jika kita selaras dengan pergerakan mereka.


kredit : CuteCarry

****
Kursus penampilan imej utk para usherette office tahun 2015.
Sekarang dah pencen dah. Dah tak jadi usherrete dah. Huhu.
Course yg sgt best bersama cute carry !

13 July 2017

Cuti Umum Tahun 2018

Meh akak nak tempek sini.
Senang sket nak tgk.
Thn dpn nak mulakan projek jalan2 lah.
Lama dah akak berehat ni.
3 tahun dah.
Jadi, mari kita carik tarikh :D
Kredit : Here

7 July 2017

Sabah, Mu Tunggu Rizq Datang

Huhu.
Amboi. Tajuk kemahin.
Ye lah uols. Lama giler kan mak tak buat entry travel, entry cuti cuti.
Jadi, begini lah jadiknya.
Kemaruk sungguh nak berjalan uiii.

Kesahnya, trip famili hujung tahun utk tahun 2017 ni adalah ke Sabah.
Plan dari awal tahun uii.
Berkobar2 kat grup w.app.
Pastu senyap.
Biasa lah tu kan.
Memula ramai.
Pastu sket je yang kompom.
Itu pun biasa jugak khen.
Actually plan ni tahun 2015 lagi dah. Tapi kan masa tu ttiba ada peristiwa gempa bumi tu.
Terus semua cam takyah lah.
Maka tahun 2015 tu kiterang ke Langkawi sajork [yang masa tu pregnant tu. Heee].
Pastu tahun 2016 ke PD ja.

Ni tahun ni baru nak gi jauh sket.
Memula weols nak naik MAS.
Tgk tiket MAS cam okay dah harga.
Tapi duk tunggu2.
Yang famili abang no. 2 dah beli tiket. Sbb dia nak amik AA.
Masa tu ada promo.
Weols masa tu tak beli sbb konon nak beli MAS.
Abang no. 4 pun tak beli sbb dia nak ikut kami.
[oh, trip kali ni hanya 3 famili. Mak tak folo. Sbb tak larat katanya. So, famili abang no. 2, abang no. 4 dan famili kecil kami. Cewah!]
Lepas tu masa raya tu ari sket pun tak sembang pasal Sabah ni.
Sudahnya lepas cuti raya baru hegeh2 carik tiket.
Dah mahal lah kauuu.. cuti sekolah pulak tu kan.
Nak tunggu lagi takut lagi harga naik.
Pulak tu, dah kena marah ngan abang no. 2 since dia tahu kami tak beli tiket lagi. Wakakaka.
Katanya "tu ari cakap bagai nak rak" . Err err.. krik krik krik :P
Selaku ketua rombongan (lantik sendiri), cecepat mak beli tiket.
Nak beli MAS? Dah sekali ganda naik. Padan muka. Haha.
Beli saja lah AA.
Mak nak naik MAS sbb utk keselesaan sebenarnya.
Uols tahu saja lah AA yang sempit tu kan. Lagi mau pangku Rizq Iskandar lagi. Nak feeding dia lagi. Acena?
Jadi, mak naik AA, beli hot-seat yg depan tu. Tak blh nak buat apa lah.
Ni abang no. 2 tak tahu lagi yg kami beli tiket AA. Mampuih kena kutuk ni kang. Kih kih kih.

So, settle bab flight.
Next - pakej2. Memang dah amik quotation dari pakej dah.
Cumanya mak nak tunggu Matta Fair bulan September kang.
Mana tahu, ada yang offer lagi berbaloi. Kan?
So, tunggu. Tak lama lagi.
Matta Fair - 8 hingga 10 September 2017

Dia kalau dah beli tiket mula lah cam teruja kan.
Walau idok la pertama kali pergi ke Sabah nun.
Eh. Dulu kerap. Selalu outstation belah2 sana. Sekarang jarang dah. Tambah2 lagi bajet tight ni. Plus duk HR mmg jarang nak gi cawangan. Plus plus, my son-shine fully bf. So, derang cam.. okay takpe..orang lain lah pi. Tu ari masa bulan puasa mmg ada interview kat sana. Memang mak dapat pengecualian tak pegi lah sbb ada lesen besar anak tgk duk fully bf. Huhu.
Baca baca blog orang yang pergi Sabah ni.
Carik yang dalam tahun 2016/2017 punya entry ja.
Sbb yang lelama tu kang terjumpa pulak blog sendiri. Kihkihkih.
Weols pergi Sabah utk bercuti ni dah lama giler dah kot. Tahun 2011. Dah 6 tahun uiii.
Link entry :  [sabah tahun 2011]

Bila tgk gambar kat blog orang tu - oh, dah lawa sgt dah Kundasang tu.
Masa weols pergi tu, jalan pun tgh duk baiki. Berlecak sana sini.
Nak pergi ladang lembu tu pun cam hazab.
[ke skrg pun still camtu?]
Dulu weols naik kancil ja. Sewa kat member office cawangan sana.
Tapi pergi kali ni, dgn anak kecik lagi, dgn famili lagi, amik siap ada driver lah. Senang nak pergi mana-mana. Takmo lah buang masa dan sesat melarat. Senang nak pergi makan ke apa ke.
Kali ni cover tempat tinggi, laut dan juga bandar. Sbb pergi dalam 5hari 4mlm. Puas hati kan?

Okay lah. Kita tunggu je lah.
Lambat lagi pun. 6 bulan lagi.
Sementara itu, ber huhu hu hu je lah kita dulu.
Oleh itu, Sabah, mu tunggu Rizq datang :D

6 July 2017

Bumi Ini Bulat

Tapi, ada puak2 yg kata bumi ini tak bulat.
Lantak kome lah.


Yang penting, majoriti mengatakan bumi ini bulat.

Jadi bila bulat, what goes around, comes around.
Tu lah. Bila kita di atas, kita lupa orang kat bawah mungkin ada kat atas pulak.
Bila orang tu kat atas, kita pulak yg jadi kat bawah.
Tu lah tu.

Hukum karma ke?
Kifarah ke?
Entah.


Bila dah nak masuk umo 40 ni, menda2 camni mmg terjadi depan bijik mata sendiri.
So, better la watch out.
Pesanan utk diri sendiri gak.
Nak buat memacam kat orang, fikir2 lah.
Takut kang terkena balik kt kita.
Apah pun tak dapat.
(T____T).


3 July 2017

Salam Julai Dan Salam Syawal

Salam Julai!
Da masuk 2nd half of the year.
Apa yang anda dah capati capai sepanjang setgh tahun ini?
Ada?
Takde?
Entah. Malas nak ambik tahu. Lantak situ?

Hehe.
Cepat betul masa berlalu.
Itu cliche'.
Sekejap je dah setgh tahun.
Setgh lagi untuk tahun 2018 menjengah.
Eh. Tahun depan raya 15hb Jun, kan?
Hari Jumaat.
Haha.

Siap dah tahu raya bila dan hari apa.
Eh. Kaler utk next year pun dah ada tau.
Nak kaler coklat plak. Dark choc. Tapi bukan gelap ke hitam.
Coklat yg betul coklat.
Ayah Rizq kata bulan 12 dah beli kain, bulan 1 dah hantar baju. Hiwhiw.

Sepintas lalu, tgk tadi - total entry dalam blog ni 3,500.
Fuh. Tiga Ribu Lima Ratus entry uiiii.
Tapi, ada yg di publish, ada yg masih dalam draft.
3,500 tu dari tahun 2008 tu.
Dari url lama, pastu masuk url baru ni.
Yang baru ni tak ramai reader.
Bagus. Senang nak story2.
Tapi, macam dah takde masa pulak nak story2.

How's ur raya?
Raya mak - biasa biasa aja.
Nanti lah mak buat entry.
Si kapten Rizq crancky woih sepanjang raya.
Sbb panas.
Anak mak is putera lilin wey. Hot is cannot!
Muahaha.
Padahal si kapten ni bukan lah baby yg suka crancky.
Anak mak ni suka sejuk2.
Ye lah. Nanti kita pi beraya kat negara sejuk2 ja.

Sebenarnya mak rindu nak travel.
Masa tgh feeding Rizq kadang teringat tempat2 yg pernah pergi.
Dulu, macam setiap bulan ada keluar.
Sekarang ni.. bukan la sbb ada baby, kiterang tak bleh nak travel. No!
Tapi, macam laju betul masa berjalan.
Tahun ni pergi Cherating je. Bulan Feb.
Lepas tu, macam tak sempat dah nak plan.
Pergi MF, beli voucher Lexis, pun tak sempat lagi nak booking (T____T).
Macam teringin nak pergi pulau2. Redang ke Kapas ke.
Tapi, ayah Rizq kata nati kami nak pergi Kuantan. Kami ada pesta sukan office kat sana.
Lps tu nak pergi PD lagi (Lexis tu).
Lps tu akhir tahun nak pergi Sabah (family trip).
Jadi, mmg tahun ni tak boleh pergi memana dah.
Next year lah.
Rindu nak travel naik flight. Seriyes.
Macam ttiba terfikir best nya gi Perth. Best nya pergi Hongkong.
Okay. Next year try bawa Rizq travel naik flight lah.
Tapi, macam nak bawa di pergi umrah dulu before pergi memana tempat yg jauh.

Hai. Memacam lah.
Okay lah. Saja nak tulis tulis.
See ya.
Selamat hari raya!

p/s : Rizq Iskandar is 13months on 1st July.
Alhamdulillah. Thank u Allah.



Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign