Pages

17 November 2016

Check Up Rizq 5 Bulan

Lately ni susah sket nak update blog secara kerap.
Busy. 
Tapi takpe. Nak jot down juga beberapa memory.
Check up 5 bulan.
Please excuse lah sindrom mak_mak_baru_jadi_mak ni yer. Check up pun nak buat entry.
15hb November.
Dak Rizq dah masuk 5 bulan 15 hari actually.
Dia mmg terlewat amik vaksin sebab masa 2 bulan tu dah injak date since dia demam masa tu. Jadi, terus la injak injak smpai sekarang.

Amik vaksin di UKMSC. Tempat check up mak masa pregnant dulu gak.
Tah. Dah selesa kat situ.
Sampai 2 bulan je check up n inject kat KK.
Lepas tu tak kuasa. Orang ramai. Dah la KK situ kat bawahnya pasar dan juga UTC. Boleh bayang lah hazabnya nak parking. Ingat dulu masa kaptenrizq kena jaundice. Bulan puasa. Kebetulan pula tapak bazar ramadhan keliling bangunan tu, makanya parking jadi terhad. Memang la payah (T___T). Tak buleh nak ingat lah. Rasa cam ... aiyoo..why kena datang sini? why? why? memang tak selesa. 
Pulak tu kan KKIA ni mmg sekali ngan KK - rasa mcm fragile sgt sbb terdedah ngan orang yg batuk demam selsema kat situ.
Kat UKMSC ni, mmg takde la orang datang situ nak amik ubat batuk demam. Sbb dah nama pun specialist - sure lah yg jenis sakit2 yg kena jumpa pakar je kan. Lepas tu orang tak ramai. Mak pun tak rungsing sbb ayah nya akan turunkan kat lobi. 
Mak nak tempat selesa ja. Tak serabut otak. Parking kt sini, kalau pagi pun susah juga, tapi boleh la selit2. Yang penting takde bau pasar! Dan toilet UKMSC bersih. Toilet KK tu... ish. Toksah citer lah. Tapi, takde lah mak berpatah arang ngan KK tu. If kena pergi pun, pegi je. But not for regularly lah. 

Doktor dah tanya preparation nak bagi dak Rizq makan bulan depan.
Hihi.
Doktor tak tahu, mak dah teruja nih.
[Ni mana babycook mak order tak sampai2 lagi ni. Lazada niiii.... ]
Siap mak tanya doktor, kalau bagi sebelum 6 bulan ni boleh tak?
Doktor kata, takpe..bagi je 6 bulan nanti. Biar dia minum susu dulu.
Mak tanya gak boleh dak bawak dak Rizq gi swimming pool. Tu lah, semua menda dah ready tapi tak try lagi bawak ke kolam. Doktor kata takut dia pool tu tak berapa bersih je lah. Takpe. Kita try kejap je nanti weekend ni okay. Kalau tak hujan 

Oh. Berat dak Rizq tak berapa cantik. Naik sket je dari bulan lepas.
Orang kalau tgk dak Rizq, orang kata beso. Acik acik yg tgk dia kat umah nenek asuh dia pun selalu tegur, tak macam baby 5 bulan. Tapi bila timbang - ringan.
Mak pun kompius weh. Memang dia cam tegap n bertubuh sket. Sbb tu nampak 'berat' gaknya. Alhamdulillah lah, berkat bf secara exklusif. Cuma tu lah, mungkin juga mak nya kurang makan - tu yg dia berat naik slowly je. 
Takpe lah nak. Takkan nak obes obes sangat. Kat grup FB tu mmg ramai je tunjuk anak deme sado sado. Yang baya2 dak Rizq pun ramai dah 8kg. Yg lahir ringan dari Rizq pun semua dah potong berat Rizq tang korner. Dulu masa kena jaundice kat HKL, dak Rizq la antara baby yg berat kat wad tu. Masa mandi ramai2 tu, tgk seme orang pegang baby haluih ja. Sekarang, tertinggal jauh di belakang. 

Inject - Alhamdulillah tak demam.
Nanges hek hek hek sket je. Pastu bawak keluar, bagi susu.
Dah la nursing room dia takde sofa plak. Deme nak renovate gamaknya. Biasa ada sofa, kipas semua. Kali ni bilik tu kosong. Heh!
Naseb mak pakai baju selamba selak. Hihi.

Next month - inject 6 bulan n 2nd dose pneumococcal. Mak tak tahu nak amik sekali gus atau asing2. Bulan depan macam byk nak cuti. Tu lah tu.
Takpe. Kita tgk cemna. Sian plak dia kena cucuk 2x kan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign