Pages

29 October 2016

My Precious Rizq II ~ Pregnancy Journey

Alhamdulillah.
Akhirnya doa kami dimakbulkan Allah.
Selepas disahkan pregnant (selepas dapat + UPT, terus ke klinik Dr Tasha untuk buat Beta HCG test), maka bermula lah journey sebagai ibu mengandung.

Kenangan 1st trimester
Minggu 1 hingga minggu ke 12.
Saya teruskan check up di klinik Dr Tasha. Memang takde register di KK pun. 
Reason?
Saja lah. Malas pulak nak pergi KK yang ramai ramai tu. Lagipun dah check dgn Dr Tasha, bakpe lagi nak gi klinik kan.
Lepas tu acap kali pi jumpa doc, sure dapat gambar scan.
Hihi.
Seronok sangat. Kan?
Orang TTC apatah lagi keseronokkannya. Dapat tgk gambar "dot" tu pun dah cukup seronok dah. Lps tu kalau scan, dapat dengar jantung baby swosh..swosh..swosh.. suka sgt.
Masa minggu ke 11 kalau tak silap, pergi buat Nuchal Scan di FMGC. Boleh google apakah mendanya nuchal scan ni.
Ingat lagi masa scan ni, doktor situ cakap "cantik baby ni".
Syukur Alhamdulillah... :)

Dan saya memang takde morning sickness.
Langsung takde. Saya sihat bertenaga je. Hihi. No mc yap.
Tapi. Tapi. Tapi.
Saya dilanda ketidak laluan makan. Esp nasi.
Jangan tunjuk nasi ke saya. Mintak ampun memang tak lalu.
Selalu nya bila balik rumah, beli nasik bungkus n share dengan asben.
So, saya takde kenangan morning sickness. Hihi.
Maka, week 1 hingga week 12 berjalan lancar.

2nd trimester
Minggu 13 hingga minggu ke 28
Minggu 13 saya pergi Langkawi.
Hihi.
Boleh tgk entry Langkawi - [sini]
Memang sengaja tak letak gmbar yg nampak clear. Hiihi. Masa tu takde nampak sangat baby bump pun. Tapi, nampak lah sesket.
Gi sana memang ada sedikit risau. Tapi, Doc Tasha kata takpe. Teruskan je makan Duphaston (memang makan duphaston sedari awal pregnant).
Lama giler dalam kereta. Dari KL ke Kuala Perlis. Tido satu malam kat K.Perlis. Pastu naik feri plak ke Langkawi. Fuh...
2nd trimester pun berjalan lancar. Alhamdulillah.
Minggu ke 17. Bulan Januari.
Kenduri kawen anak saudara.
Minggu ke 18.
Makan mitbol kat Ikea Cheras wif Dee n Fiza.
1st time datang n makan sini.
Dekat amat ngan opis.
Masa ni da masuk 5 bulan.
Tetiap minggu makan mitbol Ikea. Huhu.
Minggu 22.  Februari.
Majlis bertunang anak buah di Sabak Bernam
Minggu 23.
Saja pergi majlis kat Hosp Tuanku Azizah.
Ada Ady Putra.

Hari Kraf Kebangsaan. Hujung Februari.
Bersama bff _ Juwita.

Minggu 21. Awal Februari.
Kursus protokol di Bangi.

Minggu ke 26 saya ke Melaka. Bersama emak n family abang. Ala ala percutian family jugak tapi tak berapa nak famili la sbb bukan semua ada.
Pun,saya buat entry Melaka ni, saya tak letak gmbr saya. Hihi.
Cerita Melaka - [sini]
Minggu ke28 saya pulun membeli barangan baby kat Baby Expo Mid Valley. Memang boleh katakan semua menda yg harga mahai sket beli kat sana. Macam breast pump (Autumnz Serene Double Pump), stroller (Hauck) dan bermacam lagi lah. Duduk kat Expo tu dari jam 10.00 pagi sampai lah ke pukul 4ptg. Siap ambik cuti semata mata nak pergi situ.




Untuk check up bulanan saya teruskan di UKMSC (under PPUKM)
Trus jumpa specialist senang.
And saya buat detail scan masa minggu ke 28. Juga di PPUKM.
Dalam seronok buat detail scan, berdebar juga rasa. Ye lah sonographer tu tunjuk semua part kan. Siap dia kira jari tangan, jari kaki apa semua.
Dekat nak sejam scan. Best.
Dapat gambar banyakkk... dapat cd...

Baby Rizq tutup muka. Hihi.


3rd trimester.
Minggu 29 hingga minggu 38.
Final trimester.
Agak busy di office. Tetiba ada pekeliling baru JPA. Aduyai.
Tapi, saya ada assistant yg boleh diharap. Dia juga menanggung kerja masa saya cuti bersalin. So, no worries. Hihi.
Minggu ke 32 saya buat photoshoot di Titiwangsa.
Alah.. saja lah kan. Orang TTC ni kan memacam impian nya. Udah lah impian tu terlaksana pada tahun ke7. Jadi, mari lah kita berphotoshoot. 


3 jam duk kat ttwangsa. Peluh tiak bagai dah. Dah la masa tu jerebu.
Panas lah sangat. Tapi hasilnya memuaskan. Sangat.
Dah siap di photobook pun kan. Huhu.
Photobook sy design sendiri.

Oh. Kami amik photographer kat sini [jmr].
Puas hati bekerja dengan dia. Dia pun ada bawa prop apa semua.
Sapa nak buat maternity photoshoot buleh lah contact en jmr kita ni :)

Dan pada minggu ke38, Alhamdulillah.
Lahirlah Rizq Iskandar. 
1.6.16 jam 9.26pagi.
Elective Ceaser.
3.04kg.
UKMSC.

Next entry cerita penuh pengalaman bersalin pula.
See ya!

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign