Pages

7 April 2016

Berjual Beli Online

Beberapa minggu kebelakangan ni byk juga viral menarik yg diperkatakan oleh netizan.
Cewah.
Netizen halanya.
Bermula dgn kes hantaran tak cukup, masuk plak kes orang berebut nombor kat butik tudung Fareeda dan ada satu kes yg mulanya aku tak tahu, tapi ada member yg bagi "like", nampak kat wall aku, lalu aku pergi mencari punca kes.
Huhu.


Agak menarik.

Kes berkaitan buyer n seller online.
Berkenaan kata ganti diri dari seller kepada pelanggannya.
Korang ada baca?
Kisahnya buyer tu hantar sms kata nak beli something dari seller tu.
Then seller balas dengan w.app.
Cumanya kata ganti diri yg digunakan dirasakan tidak sesuai oleh bakal pembeli (potential buyer) ni.
Aku tak tahu apa kesudahannya. Samada jadi beli ke tidak.

Sebagai pembeli online yg agak tegar ni, menda ni mmg jadi kebiasaan lah kan.
Paling selalu orang akan address kita as "sis"
"ada sis", "available sis", "boleh sis"
Walau cam eh, rimas nya ter sis .. sis..
Tapi, tak kesah lah kan. Dari di "kau - aku" nya kita kan.
Itu prefer lagi. Dari "dear" tu kan.
Sana "dear" sini "dear"
Boleh dear. Saya akan pos esok dear. Ni tracking nombor dear.
Alamak aiii... bila masa plak aku ber kasih sayang dgn kau ni.
Tapi, lantak lah.. takde pun jadi masalah kan.
Pernah sekali aku nak beli tudung labuh n niqab. Eh. Jangan kata tetiba aku dah berniqab plak. Ni last year. Masa nak pergi umrah tu. Huhu.
Sekali orang tu address diri dia as "ana".
Memula tu aku ingat seller tu nama dia ANA. Haha. Ni ada aku tulis kat status FB.
Nanti ana tgk stok dulu, katanya.
Naseb aku tak balas - okay, nanti Ana bagitau sy balik ya. Hahaha.
Pitam!
Rupanya dia cam ala ala areb la kan. Dah aku nak beli tudung labuh n niqab. Harus lah dia ingat aku pun ala ala muslimah habis kan. Huhu.

Berbalik pada kes yg viral ni.
Cuma nya seller tu address kpd buyer tu "awak"
Dan buyer ni rasa tak sesuai lah panggil dia "awak"
Panggil lah "puan" katanya. Atau dia punya title since masa dia 1st sms tu dia dah bagi tau nama dia beserta title dia.

Cemana nak cakap ek?
Aku tgk respond.. yg gen Y mmg la mostly kondem (boleh kenal dari penulisan tu yg derang ni mmg gen Y).  Ada yg kata title tak bawak mati lah, jgn berlagak sgt lah apa lah. 
Manakala yg gen X ni nampak agak menyokong buyer nih. 
Dalam pada tu ada juga sebok menangguk di air yg keroh, padahal takde relate pun ngan dia.
Eh. Kesah pulak kan. Kau tu sapa pun. Aku tak follow, tapi bila org lain like like n komen tu nampak la kan.

Aku kenal buyer ni. Eh. Bukan kenal maksudnya kawan ke sedara ke. Bila kita tgk nama tu, memang tahu lah.
Buyer ni mmg selalu keluar tv pun. Selalu gak aku tgk dia bagi talk. Tp dia tidak la se femes Prof Muhaya tu. Tapi, mmg kira cam personaliti / somebody yg ada keluar tv lah.
Cuma, mungkin dia terkhilaf la juga.
Mungkin.. aku pun kata mungkin..
Mungkin dia ingat bila dia kenalkan diri masa dia bagi msg tu, dia rasa orang kenal dia.
Atau mungkin juga, barang yg dia nak beli tu menunjukkan dia dah berumur lebih dari seller (yg ni tak tahu sbb dia tutup apa menda dia nak beli - which aku rasa macam door gift utk kenduri kawen anak dia ke apa ke kan).
Jadi, dia nak la seller respect dia.
Yang si seller ni plak agaknya mana lah tahu si polan ni. Jarang tgk tv ke apa ke. Jadi, cam biasa lah dia buat.
Tu kita punya andaian je lah. Selebihnya dia lah lebih tahu.

Entah ek.
Aku pun tak tahu lah nak kata cemna.
Bagi aku sebenarnya simple.
Seller ni nak reply balik dgn w.app pun dah nampak dia bersungguh.
Just, dia "awak" kan je tu.
Alah..kira bebudak lah kan. Tak suka cara dia, tak perlu teruskan transaksi.
As simple as that.

Tapi, aku faham juga - buyer ni nak menyampaikan cara yg sepatutnya utk kita berkomunikasi secara lebih formal. Cuma tu lah.. menda camni ada 2 je - orang setuju dan orang tak setuju. Bila orang tak setuju tu yg jadi berpanjangan tu. Dan satu hal kita plak yg kena minta maaf. Padahal kita ni nak betulkan keadaan. Hihi.

Sebenarnya bila kita w.app atau msg orang utk beli barang pun kita dah tahu level "kemesraan" orang tu.
Kalau kat IG or FB tu tgk kat profile dia pun kita boleh tahu dah.
Kadang ada jenis yg tulis sederet term n condition dia. Begitu begini.
Itu tak boleh ini tak boleh. Ada yg tulis w.app dibalas dalam tempoh seminggu lah apa lah (contoh.. takde pun yg cemni, kalau ada suruh dia duduk kedai la jual barang. Haha).
Kadang ada yg simple.
Jadi, carik lah orang yg kita boleh ngam.
Kalau tak.. gunakan lah hashtag #sayajual kat IG tu.
Melambak keluar apa kita nak. Carik lah satu satu situ.
Aku pun tgh nak carik barang ni. Guna hashtag tu je. Jumpa lah beratus seller situ.
Dan Alhamdulillah..setakat ni masih belum la aku ada kes barang tak sampai ke apa.
Semua pun, okay saja :)


7 juta komen

saya pun rajin jek online shopping. dah dok umah nak shopping celah mana plak kan. online jek la yg senang. saya sependapat dgn kekda. biasa la tu, takde yg sempurna. Dr. tu pun manusia biasa jugak. eh tersebut title haha! tp seller pun x salah huhu.. mana dia nak tau Dr. ni org dikenali. igt buyer biasa cam sblm2 ni ke kan..

yang dear dear tu buat saya tergelak hehe...

tu la masing2 ada khilafnya.
cuma kalau si seller tu tak printscreen whatsapp tu mungkin netizen (ewahh netizen haha) tak begitu nak kondem kot.
ni dia letak whatsapp tu macam seolah olah nak aibkan si seller (walaupun takde nama)

dan lagi satu netizen ramai salah anggap sebab dia suruh panggil Dr.
kadang2 fikir balik kita ni siapa nak suruh orang panggil kita Puan ke, Makcik ke, Prof ke. kan sekadar panggilan. janji urusniaga berjalan sudah.

kesimpulannya, saya sokong netizen! haha..

aduh terkesan juga di hati beta entry kekDa ni, kikiii.
kita tak kisah pun gunala panggilan apa2. biasanya yg wassapp2 ni guna "hi sis!" I is ok ja.

pada i, mungkin boleh panggil dengan menggunakan gelaran/nama buyer tu masa dia perkenalkan diri. kalo dia kenalkn diri as puan xx, panggil la buyer tu as puan xx. kalo dia kenalkn diri as xx je, then bleh panggil xx je... tapi bg i, x kisah la panggilan apa pun asal cakap dgn nada hormat... bukannya seller tu tulis x senonoh pon... (err... kot...i x ikut isu ni...hahahaha)

Ok nanti saya bgtau Ana balik....

Kelakar tu.. saya gelak terbahak2..

NAD :
Tu lah.. memasing ada terkhilaf tu.
Akk okay ja kalau nak address apa pun. Lantak lah situ. Kejap je pun kita berurusan dgn dia.


MYA :
Tu lah.. memacam hal. Memasing pun ada kekhilafan.
Yang buyer pun tak boleh la expect bagai2 kan.

CHA :
oh.. cha kan online seller kan. Hihi.
Tak kesah la cha.. asalkan kita panggil orang bunyi nya beradap pun dah okay.


ST :
Kalau kita yg macam dah "matang' sket ni mungkin la boleh kot consider camtu. Tp kadang bebudak muda ni.. dia bkn faham sgt protokol bagai ni.


AIN :
Tu lah.. nyaris sgt akk tak panggil dia "ana"
Hahaaaa. :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign