Pages

25 June 2015

Mencari Air Purifier

Dah pulak.
Lepas satu. Satu. Ada je benda nak carik. Maklum lah bonus dah masuk kan.
Macam lah bonus dapat 5 bulan gaji kan. Hahaha.

Dulu, tak rasa pun kepentingan air purifier ni.
Tapi, lepas kena selsema yang susah nak hilang nih, terus rasa perlu air purifier untuk menyedut segala kotoran di udara dalam rumah.
Ha. Gitu.
Lagi pulak bila duduk mansion atas kayangan nih.
Pulak tu dekat dgn highway, mmg rasa perlu lah mendalah air purifier nih.
Tu ari, masa jumpa doktor yang masa selsema tu, doc check. Dia tanya pernah ada history lelah kah? Ah sudah. Adakah dia dgr something dari stethoscope beliau? Huhu.

Tu ari budak Coway yang datang servis water filter pernah lah promote ke myDH pasal air purifier nih (kalau budak Coway datang servis, mmg myDH entertain). Tapi, macam endah tak endah ja. Kau tahu lah Coway ni seme pun nak ber sewa-beli konsepnya. Boleh la beli cash. Tapi, better lagi sewa beli sbb dia ada pakej servis setiap 2 bln sekali selama 5 tahun (water filter nih lah). Kalau beli segedebuk gitu, mesti kita culas nak servis berkala tu. Pastu sekali panggil servis tu RM400. Haaa... 
Coway byk lah air purifier nih. Bermacam jenis. Jangan ditanya lah. Harus depa suka je nak terangkan.
Aku macam berkenan gak yg comel nih. Petite gitu. Since water filter aku pun jenis petite tu. Ye lah, tuan rumahnya pun petite juga kan. Hikhik
Samsung ni pun smart. Tapi entah berapa lak harganya.
Tapi yang glamer adalah panasonic kan.
Atau sharp.

Harga ada memacam.
Mengikut berapa keluasan yang dia boleh menarik udara tu.

Kena survey lagi nih.
Sekarang nak raya nih, senang nak survey since kedai elektrik biasanya bagi sale hari raya. 
Kena study lagi nih nak pakai jenis cemna and apa keperluannya.
Uols ada cadangan?

1 juta komen:

ada air cond yg dgn air purifier kan? beli aircond ni, 2 dalam 1... hehehehe :-D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign