Pages

17 February 2015

Titian Silara [Canopy Walkway] FRIM Kepong

Titian silara rupanya nama melayu dia ya. Eh. Bagus jugak nama tu. Buleh mengingatkan kita mengenai titian silatur mustaqim. Ha..
Biasanya kita panggil canopy walkway lah kan.
Hari Sabtu lepas berkesempatan ber canopy walkway kat FRIM, Kepong.
Sebenarnya, dari last year lagi lah dah plan.
Tapi tak terjadi. So, last week baru jadi.

Pergi dengan my friend - Dee. MyDH takdak. Course kat PD.
Dee pick kat umah dalam kul 8.30pg camtu.
Then terus naik MRR2. Suppose dekat je lah dr rumah aku kalau naik MRR2. Skali jammed lps Batu Caves tu. Dee kata mmg hari tu ada run kat Taman Metropolitan tu. Aku pun cam ooo.. jom kita masuk ikut depan lah.
So, lalu ikut roundabout yang arah nak ke Kepong jugak tu. Tapi yang lalu Jinjang segala tu. Aku pun tak tahu jalan tu, tapi Dee guna waze. Melarat waze tu bawak kiterang masuk area cina mana tah kat Kepong tu (T____T).
Tapi, kalau takde waze mmg tak tahu la sesat barat ke mana sbb kalau lalu situ sebijik signage nak ke FRIM pun takde. 

Sampai FRIM dalam 9 lebih. Dedua pun 1st time masuk sini. Eh, tapi Dee pernah datang. 7,8 tahun dulu lah katanya.
Bayaran masuk utk sebuah kereta dan pemandu adalah RM5. Dan setiap penumpang RM1. Makanya kami kena RM6. I donno adakah ini parking fees atau entrance fees untuk setiap orang. Dan kanak-kanak sama ke cemna pun I donno jugak. 

Masuk situ pun tak tahu nak ke celah mana. Signage kurang nau. Sampai ter salah salah masuk. Entah kat mana nak beli tiket pun tatau. Tapi, kami nampak satu tempat macam ofis - ada ramai2 orang tgh duk tunggu. Itu lah agaknya. So, kami pergi.
Ada sorang staff jaga. Dia kata tiket naik canopy untuk 9.30pg dah habis. So, kena tunggu yang pukul 10.00 punya. Tunggu sini dulu, jap lagi booking katanya. Kami dua yang blur2 ayam, tunggu lah situ. Cemtu ke prosedur dia.

Rupanya begini.

Ada 3 session. Setiap session 50tiket je utk orang walk in. So, kita booking dulu lah utk session kul 10pg tu. Tapi, tak perlu bayar dulu. Tulis nama je dulu. Pastu kiterang gi makan kat kafeteria. Tak jauh la dari office tu. Jalan kaki je. Situ jugak ada tempat sewa basikal. Next time datang buleh sewa basikal pulak.


Dah tahu nak memanjat bukit tu, lagi mau makan cemni kan. Haha.  Okay la kantin dia. Orang pun tak ramai.
Dalam kul 10 kiterang pergi balik ofis tu. Huii... mmg tepat kul 10 baru dia keluarkan tiket. Beli awal pun tak buleh. Huhu. Ada sorang makcik tu dah bising2 sbb tak dapat sesi kul 10. Pastu kena book yang kul 11 punya. Pastu anak dia kata tak boleh bayar dulu. Dah makcik tu bebel2 kata saiko la apa. Hehe. Aku macam takde hal sgt pasal ni sbb aku dah baca sket2 blog orang yang dah pergi. Lagipun, aku rasa rasional dia tak bagi orang bayar tiket awal tu supaya orang tak pusu pusu naik awal walau tiketnya pukul 11. Kan? Tapi, rasanya takde la jadi masalah sgt pun. Dah gitu prosedurnya. Ikut je lah. Mesti ada sebab FRIM buat camtu kan. Dia nak hadkan orang yang naik tu. Kang jadi apa2, lagi susah. Dah la hutan. Canopy walk tu tinggi. Pikir tu je dah la macik oii.. takyah la saiko saiko kang orang...

Bayaran masuk utk canopy walkway ni RM5/person. Map takde. Ko tangkap lah gambar. Akak yang jaga tiket tu kata "kalau bagi map, map jatuh orang taknak kutip. Tp kalau handphone, jatuh, orang akan kutip. Sbb ramai orang buang2 map dalam hutan tu". Boleh?? Sukati kau lah kak. Government kan. What do u expect? Haha. Tapi, bila ambik gmbar rasa tak puas. Dan tak faham aih map tu.


Sebelum naik gi toilet dulu, buang apa2 yang patut. Dengan Bismillah mulakan langkah.
Oke, ni trail biasa lagi ni. Orang nak joging pun buleh ikut trail ni. Tak payah ambik tiket.

Ha, sampai sini baru laluan nak ke canopy walk. Tapi, kalau orang tak beli tiket pun okay ja nak lalu sini, cumanya tak boleh naik canopy walk lah. Kira cam buat larian trail ke apa buleh la. Tapi, idak la kuasa weh.. mendongak mendaki. Aku pun cam mintak nyawa je nak naik.. Haha.






Ni awal2 lagi ni. Buleh la ambik gmbr tersengih gini. Depan kiterang ada bebudak remaja belia in grup. Biasalah bebudak baru nak up ni kan. Mula tu bebising tau. Dee pun kata "eh, bising nya budak2 ni". Pastu tau tau dah senyap. Rupanya pancit. Salah sorang terus terduduk pucat lesi. Huhu. Tu lah. Jangan galak sangat ya dik. Hutan ni ada pantang larang nya. Kiterang pun tatau la grup tu dapat teruskan atau turun balik.
Aku mmg dah set minda tempat ni sukar nak naik sbb dah pernah naik canopy walkway kat Poring, Sabah. Cuma yang tu lebar sket trail dia. Ni cam sempit sket. Berpeluh habis lah satu badan. Ate nya.. orang jarang exercise kan. Dee takpe la. Dia rajin "berlari". Huhu. Kalau berenti pun lagi rasa cam nak pitam. Mmg kena keep on berjalan.

Sampai je, naik la 'rumah' utk ke walkway tu. Ada 2 orang staff FRIM bertugas. Jadi, dia akan terangkan pasal walkway tu. Kena berjalan jarak 2 papan dengan orang depan. Tempat amik gmbr kat mana semua. Memula tu mmg rasa gayat. Tapi, lepas tu dah okay.
Lagipun takde la tinggi sgt. Tinggi lagi Poring tu aku rasa. Dan bila tgk balik, mmg Poring lebih tinggi dan lebih panjang.

Canopy walkway FRIM : Panjang - 150meter, Tinggi dari aras tanah - 30 meter.
Poring : Panjang - 175 meter. Tinggi dari aras tanah - 41 -43 meter.

Mana yang lebih mencabar? Jawapan aku kat Poring. Kat Poring tu bergoyang kuat wei. Mmg ada rasa gayat gile. Tapi, sini takde la sangat. Ada tu ada. Tapi, tak terasa sgt. Tp gigil jugak nak keluarkan phone nak ambik gambar. 

So, layan gambar kami kat atas tu.

Ini walkway no. 2. Best yang ni. Panjang sket.
Nampak KL. Nak carik gak umah aku, nampak tak.
Tak buleh lelama atas tu. Kang sampai grup lain plak.
Yey!. Di hujung pokok!
Walkway last sebelum turun. Pendek je.
Laluan turun. Agak curam. Berhati hati.
Ada orang jatuh pun depan kiterang.
Mujo tak teruk.
Turun je terus amik arah ke kawasan piknik. Boleh la kalau nak turun balik ikut jalan naik tadi. Tapi, takpe lah. So, turun area piknik tu. Ada waterfall. Tapi, macam tak sesuai la nak bentang tikar segala. Tempat piknik sebenar ada kat bawah sana. Situ takat2 nak basah kan muka buleh la. Lps tu batu licin kot. Mendapat jugak aku jatuh berdebuk kat situ. Ha.. mujo takde apa2 kau. Aku dah agak masa pijak batu tu macam licin, jatuh ni. Then, mmg jatuh. Haha. Dah la ada couple yang pakwenya mcm KPOP tgh makan nasik lemak masa tu. Bikin malu betul. Tp sure derang terkejut. Dee pun terkejut jugak. Haha. Habis basah segala kasut. Tp baju okay lah, takde kena sgt.



Batu licin. Next time pergi nak bawak selipar,
baju spare. Hihi.
Turun, terus balik lah. Dah kul 1 pun masa tu. 
Oh, masa turun tu ambik gambar pokok2 canopy yg ada.



Cantik tau. Tapi, masa ni mendung plak.
Kalau ada matahari lagi cantik.
Ni mmg bare face je ni. Peluh pun dah kering dah nih.
Pakai bawal Maira. Ailoike.. meresap peluh.
Dan selesa.

Okay lah tempat ni if nak beriadah sekali sekala.
Rupanya tempat tu ada kejiranan dia. Ada rumah staff, sekolah segala.
Taktau pulak aku.

1 juta komen:

bestnya.. sambil menikmati keindahalan alam ciptaanNya

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign