Pages

26 November 2014

Misi Mencari Shelf di IKEA

Tengah tahun dulu aku ada heboh nak carik shelf [Link : Misi Mencari Rak Di Dapur]
Lama berlalu. Takde kesempatan nak carik.

So, bebaru ni baru lah nak carik balik.
Sebab aku dah sakit mata.
Aku dah menyampah tgk barang2 macam tak tersusun.
Rimas!

So, riki2 kat IKEA. Tgk kat web dia dulu.
Jumpa lah yang berkenan.
Pergi lah ke IKEA hari Sabtu lepas. Lama giler aku dah tak pergi Ikea ni. Last kalau tak silap aku, masa gi ngan dak Zana n dak Eida. Berapa tahun dah tu. 2 tahun ada kot. Ha..mmg myDH tak suka pergi situ. Sbb malas nak carik parking apa semua kan. Kalau ada bebetul ada menda nak beli, baru buleh pegi. Kalau takat sesaja nak eh, jom gi Ikea. Mmg tak akan.
Subuh buta dah pergi. Haha.

Ye lah, pergi lambat kang rungsing nak carik parking. Pukul 10 pagi dah sampai Ikea. Mihhihi.
Tapi, minggu tu orang tak berapa ramai lah.

Orang ramai pergi karnival upin ipin tu kot. Tak pun MAHA.


Breakfast dulu. Pastu terus carik barang.
Selain shelf, aku mmg nak beli quilt cover.
Aku tak pasti lah kat mana tempat lain nak beli quilt cover ni. Aku mmg beli dari Ikea je sebelum nih. Macam bedsheet, aku juga giler membeli quilt cover. Aku mmg giler beli bedsheet, giler beli quilt, dan towel. Haha. Aku tak buleh tgk menda2 ni. Kalau tgk, mmg aku akan beli. Mmg berlambak dah bed sheet, tp aku rasa macam tak banyak je lagi. Bila nak tukar cadar tu rasa cam eh, ni kan baru je tukar. Mula la rasa cam dah takde je cadar. Gitu lah.

Quilt cover dapat. Tapi, shelf tak dapat. Abis stock.
Mencik lah. 
Ada satu shelf tu (book shelf sebenarnya), next week baru smpai stok.
Murah kot. RM59. Mmg cepat la orang sapu.

Keluar pepagi, tapi tak dapat apa nak. Sedih.
Eh. Ada la. Quilt cover tu kan. Dengan senduk. Dengan alas kaki 4hinggit semilanposen. Haha.


Pastu terus ajak myDH ke Tesco je. Carik shelf kat situ je lah.
Pun takde. Tup2 ternampak shelf yang macam biasanya letak kat stor.
Ha.. lantak.. boleh la kot.
Namanya 5-tier commodity shelf.
Harga RM99.90. Tgk kat tag dia, harga sebelum dalam seratus lebih. T.A.H.I - tah iyer, tah idak. (sapa tgk MLM tahu lah ni).

Ah. Boleh la. Malas nak carik lagi.
Tak tahan dah sakit mata tgk  barang sket sana, sket sini.

Pasang pasang.
Tgk eh, just nice je size "depth" shelf ni dgn lebar dinding.
Walau nampak macam shelf kt stor. Tapi, lantak ah.
Bagus eh. Suka suka.

Terus mengemas dapur.
Wah. Suka. Tp kat dalam gambar ni, gambar pertama kali aku kemas. Lepas pada tu, aku angkat-ubah-letak-angkat-ubah-letak barang2 atas tu berkali kali. Mmg dah lain dah. Ni pun rasa tak puas lagi ni. Nak ubah lagi nih. Haha.

Tapi, shelf ni jadi solusi kepada susunan barang di dapur gak lah. Microwave dapat letak kat table top cabinet (sebelum ni letak dalam kabinet je).
Rice cooker pun dapat duduk atas table top (sebelum ni merepek letak smpai kat meja makan ruang tamu).
Buleh simpan segala slow juicer dalam kabinet.
80% puas hati.
20% tu lagi menyampah sbb banyak sgt barang.
Tapi, takpe, pelan pelan re organize balik. Tapi, koleksi Tupperware aku tak semua letak kat atas shelf tu. Tu yg mmg aku guna seharian. Yang bekas kosong, ada satu cabinet je penuh dgn dia.

Oh ya, dulu pun aku pernah story pasal masalah penstoran [link : masalah penstoran]
Tu la barang melambak sgt dalam rumah ni.
Tapi, itu pun dah dapat solusi nya. Tpi blum di ciwi kan dalam blog nih. Nenanti lah ai story kan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign