Pages

26 November 2014

Kad Kredit : Maintain Atau Terminate

Entry berkaitan kad kredit ada di link [kad kredit]
Setiap kali buat entry kad kredit, mesti aku nak ucap tahniah pada orang yg takde kad kredit.
Tahniah uols. Huhu.

Aku ni tgh berkira - kira lagi. Samada nak terminate atau maintain kad kredit aku.
Sebenarnya, tahun ni aku berjaya "me-nyahkan" salah satu kad kredit aku.
Antara faktor yang mendorong aku "me-nyahkan" kad tu adalah dari pihak bank tu sendiri. Bagus dan terima kasih ku ucapkan pada bank tersebut. Cerita juga ada di link [kad kredit] .

Rasa satu kepuasan okey dapat melepaskan diri dari 'hantu kad kredit' nih.
Alhamdulillah, akhirnya satu azam tercapai. Tahniah untuk diri sendiri.
Eh. Azam ke. Entah la. Tapi, mmg nak sedikit demi sedikit financial freedom. Dah berumur ni, rasa cam dah boleh dah hidup tanpa hutang piutang nih. Tapi, bukanlah maksudnya totally tidak berhutang lah kan. Tp tak mahu berhutang untuk benda bukan bukan. Lebih baik kita menambah aset dari membayar menda yang bukan bukan. Yes, itu lah yg aku pikirkan sekarang. Ada satu projek nak buat. Harap tercapai before tahun 2015 dan before umur aku masuk 35 tahun (tak sampai sebulan lagi je pun masuk 35tahun)

Sebenarnya yg aku terminate tu kad dari CIMB. Tp aku ada lagi satu kad dari CIMB. Dulu depa bagi VISA n MASTER. So, aku dah terminate Master rasanya. Tinggal lagi Visa. Yang ni pun aku dah tak bawak dah ke mana mana. Tinggalkan di rumah je. So, mmg tinggal bayar je lah. Rasa, aku nak terminate jugak lah yg satu ni.

Boleh ke tak boleh?
Rasa nya boleh je.

Baca di sini [link : Perlukan kad kredit atau batalkan saja]
Antara yang boleh buat kita berfikir semula
"Biarpun jarang menggunakan kad kredit, anda masih perlu membayar cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad setahun dan ini sudah pastinya merugikan. Selain itu, syarikat kad kredit akan mengenakan pelbagai jenis caj bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Walaupun ada syarikat yang menawarkan yuran tahunan percuma sepanjang hayat, ia biasanya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Jika anda hanya menggunakan kad kredit setahun sekali, lebih baik batalkannya sahaja."

Ya. Setahun sekali ada cukai perkhidmatan RM50, dan utk kad aku tu annual fee RM60. Jumlah RM110 utk setahun kita bayar tanpa dapat apa pulangan. Menyusahkan lagi ada. Aku pun cam tak perasan pasal cukai perkhidmatan nih. Rupanya dari tahun 2010 yer dah ada mendalah nih. Haish. [link : Kastam]

Kesimpulannnya, boleh ada. Tapi satu je cukup lah.
Jadi, aku putuskan utk maintain kad Maybank. Sbb kad ni mmg reliable sket. Pastu aku suka sbb dia otomatik top up Touch n Go. Senang la utk aku yg selalu balik kampung kan. Takyah nak pikir2 pergi top up. Kurang je RM50, dia akan naik balik ke RM150.

So, tunggu next year pulak. Apakah hasilnya.


3 juta komen

Rin baru start pakai cc maybank.tp xpakai banyak pun.xreti sgt nk pakai.tp rasa perlu ada 1 utk book tiket ke book hotel ke kan

Saya rasa perlu untuk ada kad kredit.
1. Sbb bagi pembelian online, kebiasaan semua pakai kad kredit. Contoh beli tiket flight.
2. Kad kredit adalah mudah untuk pembayaran yang besar2. Sbg contoh nak byr RM3-4 ribu. Nak bawa cash banyak2 mmg tak selamat.
3. Mudah pada keadaan terdesak. Contoh balik kg, kereta breakdown. Mana nak cari duit cash masa tu. So kad kredit adalah penyelamat.
4. Jika suka travel, kad kredit adalah penyelamat jika berlaku apa2 diluar negara.

Tetapi kena pandai urus. Bila dah guna cepat2 byr supaya bank tak sempat nak kenakan caj bank/interest. Nasihat, cukuplah hanya ada 1 kad kredit dengan limit yang kita mampu.

Suka guna kad kredit sbb ada point. Boleh tukar dengan shopping voucher. Suka..suka..

I pon dah tinggal 1 je. Maintain utkbayar duit minyak (malas nk pi kaunter) n touchngo zing reload. Mmg kena berhemah bila pakai kad kredit ni... Smg tercapai hajat reen utk financial freedom... Amin...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign