Pages

22 July 2014

Ya Allah, Permudahkanlah Segala Urusan

Entah la. Peristiwa ni agak terkesan pula rasanya di hati. Mmg semua rakyat Msia pun camtu kan. Tapi, ada juga yg tak hal. Sebok nak pikir persiapan raya.
Aku yg mmg dah sedia tak berapa nak ghairah pikir persiapan, pulak ditambah news ni mmg rasa cam.. entah la ek. Ada la rasa suka nak raya, tp.. tak takde la beria sangat pun rasa nak raya tu. Mmg dari awal puasa pun dah rasa biasa biasa je pun raya ni.

Sedih.
Lagi2 pikir kawan aku yg kehilangan adik dia dalam tragedi tu.
Dari FB kawan aku tu, soft toys yg orang amik gmbr tu, mmg adik dia yg punya, beli utk anak2 buah dia (sbb kawan adik dia bagitahu, dia ada bersama masa arwah beli soft toys tu). Bergenang lagi air mata.
Mungkin kerana ini jugak sedikit sebanyak aku terkesan.

Berdoa lah kita agar semua urusan dipermudahkan.
Sbb, nampak rumit.
Masa awal2 tu, bila baca berita yg kata barang2 peribadi mangsa dicuri - mayat terbiar - pasukan penyiasat dapat masuk sejam pun rasa cam alahai, kesiannya. 
Lps tu baru lah masuk berita yg agak meyakinkan.


Dan seterusnya hari ni.


Aku cuma nak qoute kata2 PM kita ja
"We must work quietly in the service of a better outcome"
Ini lah yg orang kata menarik rambut dalam tepung,
tepung tak selerak, rambut tak putus.

Petikan dari NY Times

Huhu.
Tetiba baca NY Times online pulak. Padahal, BH Online ke, Utusan Online ke, pun jarang2 baca. 
Just nak qoute "apparently achieved what pressure from far more powerful nations had failed to accomplish."

Apa pun, kita doakan lah semoga semuanya berjalan dengan sempurna dan lancar.
Walau black box da dpt, bermacam lagi buleh berlaku.
Dah la ada berita kata train bawak mayat tu di tahan pulak. Ya Allah.... 
Kita ambil kesempatan malam terakhir Ramadhan ni utk sama-sama berdoa agar segalanya di permudahkan.
InsyaAllah...

-prayforMH17
-justice4MH17
dan tak lupa
-prayforGaza

3 juta komen

ye kak..moga dipermudahkan segala urusan...
sedih mmg sedih...dugaan bagi kita semua...

ps: co pilot org teluk intan, kawan adik saya...terkesan kot pd saya walau tak kenal orgnya .

Amin.... Smg dipermudahkan...

sy rasa ramadhan kali ni mmg sepi jer .. mood nak raya pun suam² .. mcm² jadi sejak akhir² ni .. sikit x banyak terasa tempiasnya.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign