Pages

28 May 2014

Al-Fatihah : Sultan Perak Mangkat

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat
MANGKAT: Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir  bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2  petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.

Kredit : Astro Awani


***
Al-Fatihah.
Sebagai anak jati Perak, saya turut merasa sedih.

Esok mesti ramai yg hadir utk penghormatan terakhir.

Dulu, ingat lagi, masa Sultan Idris mangkat, mak ayah bawak pergi Bukit Chandan tu.
Tengok balik tahun, tahun 1984, makna umur dalam 5 tahun lah.
Ingat sket sket la.

Lagipun dulu, kawasan situ ada selalu buat cam fun fair.
Selalu jugak kami sekeluarga ke Bukit Chandan tu.
Eh. 
Tetiba rindu kampung halaman.
Kuala Kangsar.
Yer.
Saya, anak jati Kuala Kangsar, Perak (cuma dibesarkan bukan lah secara khusus di KK, namun masih dalam daerah yang sama.


Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang beriman.

1 juta komen:

Uhuk..uhuk... tak bersultan kita sekaghang ni yong....... awok sedih sesangat..... tambah plak MB tadi sebak umum kemangkatan Tuanku SUltan.....

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign