Pages

8 November 2013

Bil Astro Naik : Kita Tiada Pilihan

Tu hari seme dah heboh bil astro naik harga.
Tapi takde kesempatan nak buat entry lagi.
Mmg pening kepala memikirkan nya. Sakit hati pun ada.
Sbb pikir kenapa la buat kita cam ni.

Ada yg feedback. Taknak bayar, boleh terminate/downgrade/ etc etc.

Ye lah sangat tu. Sangat sangat yer.
Macam kan tak tahu semua menda berkaitan dengan telekomunikasi ni ada kontrak. Dan rata rata 2 tahun kontraknya. Be it la bil talipon ke broadband ke apa ke. Semua nak buat syarat paksa-rela. Ye lah. Konon je macam pengguna ada pilihan. Tp cakap boleh la. Dah mmg kita nak perkhidmatan dia. So, kita have to. And have to guna smpai 2 tahun, walau belum cukup 2 tahun kita dah tak hendak perkhidmatan tu.

Aku geram bukan takat Astro, tapi Umobile jugak. Ye, aku akui dulu aku satisfied dgn service dia. Bband laju (kalo kat KL lah..tpt lain I dunno). Skrg dah hampeh. Langsung tak boleh connect pun ada. Jadi, aku nak downgrade kan lah pakej dia. Utk line phone aku d.grade dari 5GB ke 1GB sahaja. Nak buat apa pun kalau data plan aku guna hanya utk insta / w.app sahaja. Jadi, d.grade. Bila dah d.grade, itu pun nak kedarah duit orang. Pakej lama (5GB) tu aku attach 2 tahun. Settle dah pun 2 tahun tu. Dah d.grade ni, patutnya tak perlu la kontrak 2 tahun lagi sbb dah retain customer. Takkkk.. dia buat juga 2 tahun. Maksudnya, dengan plan baru ni pun nak taknak ko kena amik jugak 2 tahun. Kata lah ko nak terminate sblm 2 tahun, mampuih la ko bayar balik total baki bil 2 tahun tu. Senang kan nak cepat kaya dengan mencekik darah orang. Tu aku kata - paksa rela utk terima term n condition mereka nih.. Bila cakap pasal ni aku rasa hangin je. Aku tak kesah pun nak d.grade sbb aku ada pakai satu lagi nombor. Tp bila dah jadi camni, aku rasa aku dah buat keputusan bodoh. Suppose aku terminate je. Ni satu hal nak tggu smpai 2015. Hiiii.... mmg rasa geram jeeee... 

Lps tu Astro pulak buat hal cemni. Orang kata, kita ada pilihan. Terminate, atau amik pakej lain.
Hoi! tak tahu ke Astro ni pun ada kontrak 2 tahun.
Haaaa... aku pasang masa rumah baru. Dan maksudnya kurang lebih setahun lah guna. Ada setahun lagi. Jadi, sila bagitahu celah mana aku buleh terminate?
kredit : Astro

Dengan antara alasan utk tambahan channel, dan boleh tgk 64 siaran langsung FIFA 2014 next year aku mmg rasa tak buleh nak terima. Tapi apa daya kita? Ada daya? Takde kan. So, telan... mamah je lah.. naik harga.. naik lah....



kredit : Astro

Orang kata lagi - dah kau tak mampu nak bayar, amik pakej sport buat pe?

Ooo.. gitu.. bukan masalah mampu tak mampu oi. Dah masa tu pun kononnya superpack tu dah cukup murah.. kalau tak amik sport pakej pun, pakej lain tu lebih kurang harganya, jadi diberi pilihan ambik je termasuk pakej sukan (masa ni pakej termasuk PVR).

Masalah nya sekarang, naik harga dekat nak RM10 dengan notis 1bulan (ala.. even takde notis pun, org yg masih ada kontrak cam aku ni, ada kuasa ke kata taknak bayar?). Suppose, kalau pengguna dah sign kontrak utk beberapa tahun, dah tak buleh simply2 naikkan harga. Tapi nak buat cemna, kat TnC mmg akan ada terma yg mengatakan harga mmg boleh naik. Takyah baca pun tahu. Patut tak buleh nak ada term camtu, tapi siapa kita nak kata tak boleh - konsep dia 'take it or leave it' kan. Ko taknak accept terma tu, kau berambus carik sykt lain..atau kau pakai lah arial tulang ikan tu. Yang kadang2 gmbr pun jadi bintik2 atau pun gambar yang senget2 muka orang berlakon ter tarik2 ke tepi.

Patutnya utk orang yg masih ada kontrak ni, bagi lah habiskan kontrak tu dulu. Sbb ni dah macam terpaksa. Nak terminate dah tak boleh. Katakan org tu amik pakej super pack pada Sept 2012. Maka, tak perlu lah kau tambahkan channel lain dalam pakej dia. Biarlah dia habiskan kontrak selama 2 tahun tu dengan harga yg dia install pada Sept 2012. Tak boleh ke gitu? Mmg la tak boleh kan. Kang cemna nak bayar gaji pekerja, duit setelit, duit nak beli rancangan, duit tambah channel, duit itu duit ini.... 

64 siaran langsung utk FIFA.. aku rasa 10 pun tak tentu laki aku tgk.
Skrg ni pun aku 'paksa' dia tgk sport tu sbb aku tahu, yg mahal mmg channel sport tu.
Rasa nak terminate je sport tu.. tggu lah habis kontrak nati (see.. kita mmg nak terminate tp kita takde pilihan. Sedih btul. Tapi mereka paksa pulak kita bayar sampai abis kontrak. Lantak kau lah situ ko menonton ke tidak.. itu kau punya pasal)

Jadi, utk Astro ni, apa daya kita? Akur je lah naik 8ringgit. Apa lagi nak buat? Nak doa solat hajat agar tak dinaikkan? Harapan laaa..... harapannn... tggu je la bila ujung bulan nih.  

Phewww... 8 ringgit yer.. bkn 8sen.. besar nilai tu.. takpe lah.. ada 1 year lagi, pasni kita review balik pakej apa nak. 

(keratan akhbar 6 Disember 2012 : Astro Untung 3.1 bilion)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign