Pages

18 October 2013

Saya Dan Shawl

Retu dah ada buat entry pasal shawl ni kan.
Skrg mari kita gedik2 pula dengan entry pemakaian shawl saya. Eceh. Siap nak entry bagai. Siapa peduli kau nak pakai shawl cemna pun kan? Kihkih.
Aih. Sebenarnya malu betul nak tayang muka selfie nih. Sesekali takpe la. Lagipun skrg ni jarang dah taruk gambar sendiri kat blog. Kang kata tak mesra pengguna pula. Kihkihkih.
Jadi, hantam saja lah labu. Mostly guna camera 360 uolsss.. kihkihkih sekali lagik.
Shawl Cotton. Beli kat Jalan TAR.
Seploh hinggit cuma. Kualiti kain bes.
Mudah bentuk. Tak pakai inner pun.
Saya pakai shawl memang cara yg paling paling paling simple.
Yg caranya - letak shawl atas kepala. Bahagi kan sebelah kanan pendek, sebelah kiri panjang. Bawa yg pendek itu ke bahu kiri - sematkan dengan brooch. Yang panjang lilit kan di kepala. Kemudian sematkan dengan peniti atau brooch. Kemaskan bahagian depan.
If wide shawl, kita akan dapat buat bentuk curve.
If shawl biasa saja ukurannya, dapat bentuk segitiga di hadapan.
Alter kan agar menutup bahagian dada.
Sbb saya agak kecik tapi tak berapa nak molek, jadi, biasanya shawl bidang biasa pun dah boleh tutup bahagian dada.
Itu yg buat saya suka ber shawl.

Shawl jalan TAR jugak. Seploh hinggit jugak.

Selalunya sy tak pakai inner. Tp kalau nak ber inner saya akan pakai tudung yg jenis awning. Samada awning lembut atau keras. 
Tu awning lembut. Beli kat Ariani. Memang sedap pakai. Rasa nak beli lagi. Tp mengenangkan staff Ariani yg nak taknak layan orang, jadi bleerghhh.... tggu lah tahun2 dpn pegi. Tpi Ariani jalan TAR tu oke. Nak pergi tu yg bencinta.

Shawl online. Happylifeshoppe.
Shawl dia comel2.

Ni pun pakai shawl ngan tudung awning Ariani jugak. Yg jenis pendek tu. Jadikan inner. Mostly, kalau dengan shawl chiffon mmg akan pakai ngan tudung awning nih. Ha, ni jenis wide shawl. Bes sbb boleh buat cam curve dpn tu, pastu boleh buat layer2 sket. Ni kalau waktu pagi jadi, lepas lunch, dah Zohor, tak tentu boleh jadi camtu ke tidak semula. Hohohoho.

Then ada jugak saya buat gaya sematkan pin di belakang.
Khaylaa Couture.
Beli masa Promosi Aidilfitri kat opis.

Yang ni payah sket. Jgn pakai camni kalo mood anda tak berapa baik. Tengok lah. Yang inner dah jadi berombak rindu dalam tu. Itu awning lembut tu. 

Halfmoon shawl - Poplook

Half moon shawl. Ada satu je. Rasa cam bes jugak. Cuma, nak beli yg wide sket. Baru senang nak 'bega-bega' kan jadi labuh sket.

Kemudian, terbaharu. Cea.. terbaharu katanya. Saya la terbaharu. Fesyen ni dah lama.
Loop shawl yg beli kat Al Humaira.
Berbulan juga shawl ni ter peruk dlm lemari akibat takde idea nak pakai cemana.
Loop shawl ni no choice. Kena pkai inner jugak. If not, tak boleh nak sematkan dia ngan pin.
Inner neck ni pun beli kat Al Humaira jugak. Inner ni pada mulanya mmg tak reti pakai. Cam nyusahkan je. Tp dah beli memahal. Pakai lah. Tp selesa. Saya yg tak pernah pakai inner pun rasa selesa.


Loop shawl paling mudah digayakan sebenarnya.
Tak perlu lilit. Hanya sarung, dan pin kan ikut keselesaan anda. Utk bentukkan bahagian hadapan, tarik2 je ke atas bahu.
Loop shawl ni adalah shawl yg telah dijahit kedua dua hujungnya. Mean dia akan jadi bentuk bulat. Tp bukan lah cam tudung syria yg boleh di sarung terus. Kena la bentuk2 kan sket.

Boleh carik kat utube tutorial pemakaian loop shawl ni. Mudah je sebenarnya. Rasa macam nak beli lagi nati. Hihi.

Sebenarnya, myDH tak berapa nak suka kalau saya pakai shawl ke ofis. Bukan apa. Jadi lambat. Dia suka kalau saya pakai tudung 'sauk' tu ja. Tudung awning lah. Itu kan kejap je pakai nya. Hihi.

Tapi saya boleh ja semua. Awning boleh. Bawal boleh. Shawl pun boleh.

p/s : Lambat kuar entry. Pagi jln Tun Razak jammed. Ada keta ter bako tu. Lewat smpai ofis. Pastu terus pergi MOTAC. Ada taklimat.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign