Pages

12 June 2013

Edisi TTC : Bila?

Tik tok tik tok - genap 3 minggu da dari tarikh 22 Mei.
Tik tok tik tok - kejap je masa berlalu kan.
Tik tok tik tok - da nak masuk keja.
Tik tok tik tok - da nak puasa.

3x Rabu dari date aku buat laps tu ari. Maknanya da 3 kali pun Doc Hamid buat laps utk patient lain selepas aku. Hurm. Aku rasa beribu dah buat laps dengan Doc Hamid ni. Utk info : Doc Hamid Arshat mmg ada buat laparoskopi di kliniknya di Damansara tu. Setiap hari Rabu. Tapi aku rasa patientnya 4 orang saja sehari (max). Ini adalah kemudahan pada patient yg tak gunakan insurans. Di klinik bayar cash sajalah selepas operation. Kalo guna insurans, Doc Hamid akan buat di Pantai Medical. Hari Khamis pula. So, buleh tgk kan berapa byk dah patient Doc Hamid handle. Rasa dah bole buat alumni bekas pesakit Doc Hamid ni. Haha.


Masa aku operation (laps) tu ari ada 4 orang kesemuanya. Aku yg kedua. Yg 1st tu aku terlupa namanya. Tp sempatlah kami bersalaman sebelum dia kuar wad tu hari. Mengajar agama kalo tak silap aku.  Duk di KL jugak, tp 'berpantang' di rumah mak dia kat Pahang. Yang kedua-aku lah. Dan yang ketiga - Hayati, cikgu dari Kuantan. Dan asben2 kami ni dah jadi kawan plak bila masa mereka tggu kami buat operation tu ari. Kebetulan asben patient pertama tu ari pun asal Pahang, dan myDH pun asal Pahang, patient ketiga tu mmg duk Pahang - Kuantan. Mmg ngamho la mereka. Sempat bertukar2 no phone. Lelaki. Mmg simple. Bila aku tanya umur derang berapa - entah, jawab laki ku. Mudah kan. Bukan cam kita perempuan ni, hal2 detail begitu sure nak tanya awal2. Haha. Yg lawak tu, masa bayar pun sama2 gi kaunter bayaran. Tetiga bagi cash. Terkezut akak tu. Kena trus bank-in ni katanya. Ye lah, selalu orang bagi cek ke, card credit ke. Ini tetiga cash. Senang. Settle time tu jugak.


Oh. Patient ke empat aku tak perasan masa hari operation tu. Tp masa follow up 4hb hari tu aku jumpa. Melati. Doktor Melati. Keja kat hosp Serdang. Yang ni sempat kami bertukar no phone. Senang ada apa2 hal nak tanya.

Lama-lama aku tgk penyakit ni macam 'normal' plak. Cam ala..ada cyst. Heh! Aku sendiri tak sangka aku ada cyst. Oh. Utk info, doc bagitau hari tu cyst aku da masuk tahap endometriosis (ha..aku bg link dari wikipedia je tu utk tahu sesket apa ke menda la endo ni kan. Huhu. Nak detail kena google ya). Fuh... Terima kasih Allah dengan apa yang telah Engkau aturkan ini. Kalo la lambat detect. Nauzubillah. Cyst ni ada memacam (kena rajin google jenis2 dia). Orang kata kalo cyst air, oke lah. Kemungkinan akan kecut. Tp kalo da tahap  Endo ni bukan mudah nak kecut ye. Google kan je apa la endo ni. Tu yg kata chocolate cyst yg macam nutella tu. 

Jadi, pada yg TTC (trying to conceive) cam aku ni. Yang dah kahwin lama, tp masih tak berjaya mengandung, cecepat la check. Setahun tak berjaya, pegi la check. Paling penting, buat TVS. Scan rahim utk tahu apa masalah dalam rahim. Aku pun terlewat ni. Aku rasa, kalo dalam tahun kedua aku pegi tu, mungkin tak smpai ke tahap ini aku kena buat. Lagi lagi kalo ada masalah period tak teratur. Jangan la berlengah. Aku yg takde masalah period ni pun bermasalah. Dan aku ralat jugak lah sbb aku rasa period aku teratur tu yg aku dok rilek je. Rupanya...... choiii...!! Hahahaha.

Tapi, pada yg tak TTC pun, yg buleh mengandung secara natural pun elok juga check. Tak salah kan. Sbb cyst, endo dan segala lah yg berkaitan ni dia datang senyap2 je. Tau2 elok je dia dok membesar dalam tu. Setahun skali buat la pap smear ke, TVS ke. At least. Takmo la bila da sakit baru nak ke hospital. 

Pada yang masih tegar bertanya pada orang yg takde anak "bila nak ada anak", "lama dah kawen ni, kenapa tak mengandung lagi", aku harap soalan tu reserved kan lah dulu. Memang, aku skrg ni dah buleh positif dah dengan soalan tu. Malas nak layan pun yer. Tp orang yang bertanya tu tahu tak, soalan bila, bila tu, memang takde jawapan. Macam lah kita tanya diri kita, bila nak mati? Ada jawapan? Takde kan. Kuasa Allah semua tu. Ko tgk bila dok tanya bila, bila, bila, dah smpai aku kena operate. Cemna aku nak bagi jawapan. Lps operate pun tak tentu lagi. Hanya Allah yang tahu. Aku mmg tak boleh hadam la kenapa orang suka sgt tanya bila, bila. Baru kawen 2,3 hari dah tanya bila nak mengandung. Haiya. Sudah sudah la tu soalan begitu. Orang yang bertanya tu tak merasai apa perasaan bila ditanya begitu. Tp Allah tu Maha Adil. Tak kena kat kita, kena kat anak kita, menantu kita, adik beradik kita. Jadi, please, stop asking bila ya. Alah, kita kata makcik2 kat kg tu yg suka tanya bila, bila, padahal ada je orang yg jawatan tinggi, blajar tinggi yg tanya soklan gitu gak. Macam kan taktau kuasa Allah.

Eh. Aku rasa macam tak relevan je kan. Tetiba masuk citer lain plak. Haha. Sesekali aku rasa aku perlu open juga mengenai TTC ni. Mmg aku ada tpt khas cerita pasal TTC ni tp aku rasa sesekali aku perlu bercerita kat sini jugak. Biar orang tahu, bukan mudah membawa title - dah kawen lama tapi tak beranak lagi! Yang terpaksa hadapi soalan bila? bila?. Yang terpaksa menebalkan muka bila pegi kenduri kendara. Yang tiada mood bila hari raya tiba. Tapi pada orang lain, mereka ingat hidup kita enjoy. "Bila nak ada anak lagi Da.. dah lewat ni". Eh.. tak buleh la aku, terngiang2 je kat telinga ni kan. Pada mereka orang takde anak  macam satu sumpahan. Atau mungkin kecacatan. Yer, memang ini kekurangan kami, tapi kami redha. Cuma kami minta bantu, jgn dihimpit dengan soalan pelik2, dengan kata2 sinis. 

Tp lantak la. Yang tak merasainya tak tahu bahawa ujian ini manis. Bukan semua orang dapat hadapinya. Pada yg ada kehidupan yang sempurna, dah elok terletak, yang tak penah diuji begitu begini, jangan terlalu mendabik dada sgt. Sekejapan je kalo Allah nak tarik nikmat kita ni. 

Eh. Aku mmg melalut dah ni. Better stop here. Kang entah apa merepek. So, ini antara kemanisan ujian. Diambil dari akhbar Mingguan Malaysia, Ahad lepas. Baca tu, sejuk hati kita yang menerima ujian dan dugaan dari Allah ni.

p/s : 6 more months to our 5th anniversary. Moga ada rezeki dari Nya utk tahun kelima ini. Aminnn.... 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign