Pages

14 May 2013

Salon Muslimah

Rentetan dari entry ini.
Aku tak potong pun rambut lagi. Hurm.
Entah ek.
Bila smpai dpn salon tu, dan di greet oleh lelaki. Yg bukan Muslim plak, aku dah rasa semacam. Ada rasa, takyah la dulu kot....
Yer.
Dulu aku tak pernah kesah ttg ini.
Walau aku bertudung, aku rasa cam oke... tak pe lah potong rambut kat salon pun.
Apa kebenda entah. Aurat jugak tu kan.

Aku tak cakap la aku ni baik bebeno pun.
Tapi, entah la. Hari tu mmg aku rasa aku cam tak boleh nak potong lagi.
Aku perlu carik tpt lain.
Google lah 'salon muslimah' 'gunting rambut muslimah kuala lumpur'
Jumpa lah beberapa salon.
Dan aku dah decide nak pegi satu kedai nih.

Agak berhampiran dgn rumah. Dan mmg area aku familiar.
Pulak tu ada spa skali. Ahah! Hihi. Takde lah. Takde bajet pun utk itu.
Ni nak gunting je sbb nati payah oih rambut pjg2 ni nak bela. Dgn gugur lagi. Asik menyapu rambut je keja nya.

Tu lah. Sebenarnya ini peluang pada orang yg ada kemahiran menggunting rambut.
Boleh bukak kedai gunting rambut utk muslimah kita ni.
Ramai yg nak pegi. 
Selain menambah pendapatan, mmg sgt membantu muslimah kita untuk menjaga aurat ni.
Dulu aku takde kesedaran tu. Mmg selamba je nak gi potong rambut kat kedai. Tak kesah la kedai ada cover ke takde. Pastu pulak hair stylist pun tak kesah. Lelaki ke perempuan ke. Belasah je lah. Asal rambut terpotong. Tp skang pun byk salon dah ada tpt tertutup utk customer muslimah kan. Cuma tu lah. Susah juga  nak jaga agar tak ternampak oleh staff lelaki kat situ. Lagi2 kalo nak cuci2 rambut kan kena jalan kat tpt dia nak bilas rambut tu.

So, nak pegi kedai tu nati. If oke, aku war war kan di sini lah kt mana kedai tu. If ada yg nak share kedai gunting rambut muslimah lain pun oke jugak. 

Dan ada sedikit info mengenai aurat wanita muslin di hadapan wanita bukan Islam.

kredit : E-Fatwa
Dan di sini jugak :
http://johor.wanita.ikram.org.my/index.php/soal-jawab/soal-fiqh/118-hukum-wanita-islam-mendedahkan-aurat-kepada-wanita-kafir
dan sini pun ada :
http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/197-batas-aurat-wanita-muslimah-di-hadapan-wanita-bukan-islam

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign