Pages

21 February 2013

Edisi Outstation : Sarawak

Hai uols. Tenkiu eh kerana sudi jengok2 kebun ni sepanjang peninggalan tuan kebun. Hohohoiii...
Alhamdulillah. Selamat pegi. Selamat kembali.

Ah. Berpergian pun satu hari ja. Lagi mau kecoh kan.

Nenati lah kita stori pepanjang perihal outstation ke Sarawak itu ya.
Kalo tak bos suh pegi sorang uolsss.. Jenuh2 ai mujuk bos supaya dibenarkan bawa 'teman'. Teman serumah, ai offer jugak. Tak mahu pulak beliau. Itu lah susah nya seofis uols. Kalo ofis lelain ai dah heret dah. Nati napak ada conflict of interest plak kalo ai heret beliau walo beliau bercuti dan tiket katebang ai tanggung. Apadahal kan. Dah siap tgk pun tiket - 3 rat je pun kalo naik AA. Tapinyer.. kalo guna waran, harga itu berganda yer uols. Ai dapat bawak adik unit ai dan oleh krn itu lah kami naik MAS. Guna waran lagi murah kalo MAS nih.

Hujan ja Sarawak. Jadi, takde la cam nak jalan2 sgt pun. Untuk itu, ai jugak mintak maaf. Tak dapat nak beli FM ke, keychain ke apa utk nak bagi uols Gift-Away ke kan. Sorry banget ye uols. Tak sempat. Ini sbb kerja. If kalo p holiday, ai pasti akan beli. Yg sempat ai beli kek lapis n terubuk masin! Haha. Oke je kalo uols nak terima adiah tu. Tp tak jamin la kalo da 'expired' by the time smpai ke uols.

Tapi takpe. HKK dah dekat. (HKK, HKK, apa HKK tu?? Hari Kraf Kebangsaan - ala.. kalo uols dengar Era, sure dgr iklan ni kan. If dgr iklan ni terus la tingat ai tau.. ahahahah.. pui..sapa tah nak igt ko kan). Nati kat HKK ai carik gift2 unik utk uols seme ya.. harus barangan kraf. 

Lps tu, hari ni suppose ai ada course. Protokol dan etiket. Eh. Begitu ke tajuknya. Begitu lah kot kurang lebih. Ai dah pegi salu pun ni. Mmg ada rasa malas. Sbb smlm pun flight delay. Penat tu mmg ada la kan. Tp kalo duduk je lagi penat kot. So, mmg ada rasa nak mintak ke bos agar dpt excuse dgn alasan - byk kot keja nak settle. Tapi, pucuk dicita ulam mendatang. Pepagi - bos call, kata batal course. Ai igt course tu yg batal, rupa-rupanya ai sorang je yg batal. Bagus. Hiwhiwhiw. Sbb bos kata pepagi ni kena jumpa big boss. Ada menda urgent perlu settle pastu pulak petang bos kata ikut dia g meeting kat KPKK. Meeting tu takde hal la, tp time dia sgt bes lah. Jam 4.30petang startnyer. Yer. Bes sungguh lah (-_-")

Sudah la hari ni punch kad merah. 8.08. Bagus kan? Yer, mmg bagus lah. Bangun pagi baru hegeh2 nak iron baju. Sudah tahu hari ni batik kan. Siap mandi solat semua tgk baju tu masih berkedut seribu. Apakah?? Ini misti aku tak terus jemur baju tu atau spin tp lambat jemur. Apsal dia berkeromot sgt. Tanya myDH dia kata mmg napak kedut - oke, carik baju lain - iron balik. Haaa.. kau.. kul 7.30pg aku duk iron baju. Ko mampu? Baju batik gak tu. Sebbek crepe. Jadi tak la susah sgt 

Jadi, begitu lah. Takde entry autopublish mahupun draft. Tak sempat. Walo ada menda nak cerita. Nati ya. Citer pasal Swak. Bes jugak. Lama kot aku pegi dulu. Masa tu kat aset. Nati nak pegi bercuti lah a.k.a Honeymoon. Hohohoiii...

Dan, amik la sekeping gambo ni dulu sblm ada entry lain ya. Igt nak tulis pendek, ini pun berjela. Apa je lah aku ni kan. Miahahaha.

Lapo. Nak makan. 
Kbai! 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign