Pages

5 January 2013

Solat Istikarah dan Doa


Tujuan Solat istikharah dilaksanakan adalah untuk membuat pilihan yang tepat di antara dua pilihan, seperti mendapat dua tawaran pekerjaan dalam satu masa ataupun mendapat dua pilihan gadis untuk dijadikan isteri serentak.
Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat ,waktu yang paling afdal dilakukan pada jam 2-3pagi.Niatnya ialah:
Usalli sunnatan istikharati rokaataini lillahitaala
Bermaksud: Sengaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala,
Rakaat pertama selepas fatihah bacalah suarah ayat yang anda ingat/hafal,kemudian rukuk,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud dan bangun lalu teruskan rakaat kedua,selepas fatihah pilihlah ayat yang anda hafal.Kemudian rukuk,iktidal,sujud, sebelum duduk tahayyat akhir dalam sujud terakhir minta niatkan dalam hati supaya Allah gambarkan dalam tidur jawapan yang tepat hasil daripada solat yang telah anda lakukan.
Jika pada malam pertama tiada jawapan,anda jangan mudah berputus asa cuba lagi pada malam berikutnya sehinggalah jawapan yang sama digambarkan oleh Allah ketika tidur, MAKA itulah jawapan  yang sebenarnya.Wallahu a'lam.
kredit : islamgrid

Doa solat istikarah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

******
Perlu beristikarah kerana ada satu keputusan yang patut aku buat masa ini. Ya Allah bantu lahku utk permudahkan urusan ini. Amin...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign