Pages

27 November 2012

Edisi Plan For 13 December

Disamping kesibukan aku ke sana sini (owh..nama naik lagi utk gi course kat Marriot Putrajaya plak weekend ni. Bukan course sgt la. Bengkel ke makmal ke apa tah. Tapi utk Perancangan Kerja Tahunan. Aku ada kelas tu hari Sabtu n Ahad tu. Presentation lagi. Tp takpe... plan leklok, Insyaallah seme akan oke), aku masih blank apa nak buat utk our anniversary. Blank. Se-blank blank nya. Nak gi makan kat hotel cam dah tepu (cea.. mementang ada course sesaja skang kan). Nak gi dinner saja saja. Ada la 2,3 tempat dlm cadangan cam makan Chinese Dish kat Shahrin Low tu ke, atau Arabian Dish kat Hadramawt ke. Tapi, 13hb atau pun 14hb adalah hari2 yg bakal jammed atas jalan. Nak pulak kalo hujan petang tu. Mmg buleh pitam dlm keta dan mood terus hilang berterbangan. Kejadian last year masih menghantui. Hilang mood segala.


MyDH nak overnite kat memana hotel. Tu macam aku kata kat atas tu la. Buat masa ni aku dah tepu nak ke hotel lagi. Lagipun... alah.. kat umah pun buleh buat cam hotel kan. Nak terjun kolam pun dah ada kat umah. Cuma, bath tub je lah takde. Haha. Tkpe, nak sangat leh buat bath tub guna tong besau simpan air tu. Haha. Lagi satu, nak simpan duit pun yer gak. Sbb bulan 1 tu adalah bulan utk shopping2. Kena simpan duit. Kena!  Nak ke HCM lah, pastu nak ke Langkawi ngan famili. Itu mmg nak soping je tujuan dia. Nak beli pinggan mangkuk piuk belanga (so makcik makcik khenn). Haha.  Maka, simpan duit.


MyDH ada cakap juga - buat candle lite dinner kat umah. Hurm... macam bes juga. Aku google2, ramai juga yer buat candle lite dinner ni. Ada yg buat suprise ke husband. Oke... kira nak suprise susah jugak kan. Tapi... kalo buat, aku suprise kan apa aku nak masak. Ha.. bes jugak kan. 
kredit : here
Oke.
Mari kita plan resepi apa nak buat.
Nak lagi poyo, mari kita buat ala-ala kat hotel.

Kuarkan makanan course by course.
Haha.



Tapi bes jugak kan.
Oke lah.

Dah. Kira confirm lah tu. Haha.
(iyer..iyer je.. skali aku malas, gi makan KFC je lah.. hahaha)

Selitkan kad ni skali. Aww... 'nakal'.. hahaha

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign