Pages

18 September 2012

KSU Reno : Progress [Part Last (Malas Dah)]

Malas dah nak buat satu satu cerita. Sekali harung je lah yer.
Ni kita part of renovation gak.
Dan penambahan aksesori dalam rumah tu.
Ini jugak antara rujukan aku kemudian hari. Jadi toksah cemuih ya.
Ni masa pasang Coway - date paling mudah ingat iaitu 31 Ogos 2012.
Mengong tau masa ni. MyDH yg tak senang marah2 tu pun dah naik hangin.
Yer lah, before kita pasang tu, hehari dia push push tanya bila nak pasang.
Padahal table top tak siap lagi. Mana nak letak kan? Atas bumbung?
So, bila kita fix date, boleh plak dia dtg lambat.
Kita fix - Jumaat tu - pukul 10pagi. Tp bila kita call boleh lak orang dia gi minum la apa la.
Tunggu lagi dah dkt kul 11 pun takde lagi.
Hurm. Dah la ptg tu after solat Jumaat kita ada nak gi Bukit Jalil tu kan.
Kiterang dah nak cancel dah. Padan muka.
Lps tu laju2 sales dia pun dtg skali masa technician dia tgh pasang.
Baru kau tahu kan.
Ni pasang hood n hob.
1 Sept. Seme dah oke, tapi buleh plak saluran wire utk hob tak buat.
Mengong giler.
Memula ingat nak tebuk top. Tp lagi macam leceh.
So, other option, kita panggil je apek wiring tu.
Suh dia buat lagi satu plugpoint.
Melayang RM250 utk pemasangan lagi satu plug point 15amp.
Ni pasang tv.
Hari yg sama dgn aku pindah - 8 Sept.
Ini paling sempoi. Aku beli tv, nun melantun kat kedai Cheras sanun. Dkt2 dgn Tesco Extra. Bukan sbb murah ke hapa, tp masa tu saja nak tengok. Sbb beli window dressing kat Baagus yg dkt dgn kedai dia. Tp rupanya terbeli pula. Tp oke la kedai ni. Tak byk hal. Letak downpayment. Datang buat bayaran final, esuknya dia dtg pasang. Senang. Lagipun murah gak rasanya. Upah untuk hantar n skali pasang bracket  (termasuk bracket tu) RM150 je dia amik.
Pegi gak Perfect Living ni. Pegi on 30 Ogos -after office.
Selagi tak dpt apa yg dimahukan kan. Jadi pegi. Dapat lah.
Lps tu beli gak kabinet utk letak dlm bilik air. Juga tpt sangkut2.
Ini plak masa ada sale kat Sogo. Yg MaybankCard dgn SCard tu. After office gak pegi - 6 Sept.
Borong menda2 dlm bilik ja. Comforter, bantal.

Ini temanya terpaksa akur.
Oleh krana built-in wardrobe da makan banyak ruang, aku tak buleh nak adjust divan ni.
Mencik!
Aku nak buat headboard dia kat tepi dinding, tp tak buleh.
So, terpaksa redha headboard dia kat tepi tingkap.
Mmg tak suka dan tidak seperti prosedur meletak katil di dalam bilik.
Tp apa nak buat.
Redhoo...

Perabot - datang masa aku kat ofis.
MyDH handle. So, mmg takde gmbr la.
Perabot pun aku just beli dining table, coffe table (yg tetiba rasa cam tak perlu pun, tp dah ter order), consul table, display cabinet, rak kasut, tpt letak dapo gas n cermin besar letak kat dinding. Lelain, sila guna barang lama.

Ini.

Yer, menyakitkan hati.
Malas nak cakap.
Sampai aku buat aduan melalui emel.
Padan muka kan. Sesenang hati je kan. Dekat 2 minggu dia tinggalkan rak tu camtu.
Dah bayar semua taknak dtg betulkan.
Aku call, dia buat tak hal je kan. Mendapat la kau.
Jangan buat lah dgn sykt tu. Cantik mmg cantik, tp terhapa je tah.
Nama syarikat - kalo tgk instagram aku, mmg ada la tulis.
Tp hari Sabtu tu ari dia betulkan dah sbb aku tulis dalam emel tu if derang tak amik apa2 tindakan, aku akan bagitau dalam laman sosial derang (FB page) n forum yg derang salu promote tu.

Begitu lah.
Skrg ni ada lagi menda tak kemas.
Jadi, kena kemaskan dulu.
Housewarming - kemungkinan besar pada 22hb ni.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign