Pages

11 August 2012

Ihya Ramadhan 22 : Rezeki Dari Allah

Setiap org ada rezekinya ter sendiri. Tak perlu lah kita mempertikaikan kenapa dia dpt rezeki begitu, dia dapat rezeki begini.
Aku tak bercakap soal org lain, aku sendiri sedang ber muhasabah utk diri sendiri. Mengapa kadangkala aku terpikir kenapa la rezeki aku 'mahal' sgt lelebih lagi bab yg 'satu' itu. Tgk org lain, murah je rezekinya. Tp aku sedar, aku mmg tak boleh mempertikaikan kelebihan dan rezeki orang lain, sbb bila org tu murah rezeki di situ, aku pula murah rezeki di sini. 
Sesungguhnya Allah telah menetapkan rezeki setiap hambanya, seperti firman Allah :

"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212 

"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab"
Surah Ali Imran ayat 37 

Sebenarnya tiada siapa pun ter kecuali. 
Tp terkadang kita mempertikaikan rezeki org dengan cara yg lain. Bukan iri hati dengan rezeki orang tu, tp mcm menyekat rezeki orang lain. Aku pelik, terutama bila yg 'atas' pula mengatakan hal rezeki org padahal rezeki dia sebenarnya lebih tinggi.

Terkadang bab derma - bln puasa ni kadang ada derma untuk anak yatim, ibu tunggal dsbnya.
Tp ada yg mempertikaikan ttg ibu tunggal yg da bergaji tinggi takde keperluan untuk mendapatkannya.
Siapa kita utk mempertikaikannya. Mungkin kalo dia tak memerlukan sumbangan tu, mungkin dia akan menyumbang pula kepada pihak lain, bukankah 'pahala' kita yg semakin beranak? Mengapa perlu mengandaikan dia 'balu yg mendapat pencen suami berjawatan TURUS?'
Pada aku menda tu, kita buat tak hal lah. Biar kita sumbang je dengan suci hati. Kalo betul dia tak memerlukan, aku yakin dan percaya dia sendiri akan menolaknya dengan baik. Kalo dia ambil, mungkin bukan utk dia, tp utk pelajaran anak-anaknya.
Kenapa perlu pertikaikan rezeki org dan menyekatnya. Aku rasa, takkan kaya pun kita dengan sekat rezeki org yg sepatutnya.

Aku berdoa, sekiranya suatu hari nanti aku berada di 'atas', janganlah aku ada sikap 'mempertikai' rezeki ini. Sekiranya itu adalah hak nya, biarkan. Itu rezeki dari Allah sebenarnya pun, bukan dari kita. Bila kita mempertikaikannya, sama seperti kita pertikaikan rezeki Allah. 

Dan paling utama, aku berdoa agar aku sentiasa dilapangkan hati utk sama-sama berkongsi rezeki dengan org lain. Tidak lah kata aku nak bagi gaji aku setiap bulan pada org. Cuma, pada masa2 tertentu, contoh, pada bulan pertama kenaikan gaji setiap tahun tu, aku akan pastikan adik2 unit aku turut sama merasa. Tak pernah plak aku pertikaikan, dia gaji dah besar, tak perlu aku belanja dia. Sama rata. Bukan selalu pun.

Jadi, aku berdoa agar hati aku tidak iri pada rezeki dan kelebihan orang. Dan moga aku tidak ter golong pada orang yang suka 'mempertikaikan' rezeki orang lain.

*artikel hasil penulisan sendiri, dari keadaan yang berlaku di sekeliling kita*

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign