Pages

2 February 2012

Perihal FB : Perang di Facebook

Bacaan seterusnya : Berita Harian
Susah nak kata. Kita pun tatau apa citer sebenarnya.

Tp yg nyata, facebook ni kalo tak diguna dgn betul mmg bleh membahayakan.  Bukan utk adik ni je, tp kita seme, sebagai pengguna muka buku ni.
Aku akui, skang aku mmg da jadi pengguna FB tegar.
Tp idak la smpai leh meroyan giler kalo tak bkk FB.

Dan katakan la FB kena bayar, dan tak bleh guna secara pree dah, mmg aku trus tutup akaun FB la. Tak effect pun pada life aku.
Tp bila dah ada, bila dah easy access, mmg aku guna la.

Tp FB bebudak mmg la kalo kita tgk cam eh, derang ni bebtul ke memain.
Aku penah tgk FB anak buah aku. Simply2 je kawan dia kata kat dia 'aku bunuh ko' dan ada dia cam maki2 anak buah aku tu.
Adui.... bergurau pun berpada2 la weh.. buatnya bebtul la anak buah aku mati, mmg budak tu dulu la aku suh polis carik.

Derang ni tak bleh pikir jauh lagi. Tulis ikut sker je.
Tu tak kira lagi yg tulis pendek2 tu. Dan panjang2 yg tambah ww la apa tu.

Eh. Tak kuasa tau.
Aku smpai hide status anak buah aku sorang tu - yg duk kolej sbb aku rasa semak je menda2 yg dia tulis. Heh!

Tp kadang tak kata budak, kita yg tua (eh, tua kah?) ni pun kadang salah guna FB tu.
Kadang kita tgk apa yg org post annoy, kadang kita tak sedar, yg kita post pun org annoy.
Pendek kata, mmg ada je lah yg annoy pada pandangan org.
Dan skang mcm da jadi trend plak FB jadi tpt show off. Tunjuk makan apa, tunjuk beli apa, gitau kemana.
Aku tau, org yg menge post tu takde niat pun nak show off. Aku tau tu. Sbb aku pun rasa camtu. Tetiba aku post makan/beli Tuti Fruiti. Harus ada yg meluat kata makan eskrem mahal nak tunjuk. Poyo. Tp aku tak rasa pun camtu. Harus ku kata org lain pun salu je beli.
Cam last week aku ada post gmbr 'mansion' aku.
Tanya my dear, saya show off ke ni ah?
My dear kata - a ah. 
Tetiba rasa nak delete.

Tp nyer. Alahai..ramai je kot post gmbr umah tak siap.
Kadang dgn kayu2, simen berterabur pun ada yg up. 
Tak kesah lah kan. FB derang, biar je lah.
Ko tak sker ko hide. That's it.

Dan penah skali ada org annoy dan up status dia nyampah tgk org duk up status setiap minit.
Eh. Kalo annoy hide je lah org tu. Ini lah FB weh. Apsal lak nak annoy2. Aku rasa aku pun, walo tak up status setiap minit, tp status aku salu gak la ber update. Jadi, takut dia annoy ke aku, maka aku pun hide status aku dari pandangan beliau. Mudah kan.

FB ni kalo tau seme tip n trick dlm tu, aman gak dunia dlm FB tu.
Aku mmg buat FB tu PnC. Cam blog ni mmg tak bleh la. Nak block orang pun tak bleh. So, FB aku walo laman sosial mmg aku buat PnC. Lepas ni aku nak filter lagi skali friend aku yg tak smpai 200 (ke dah 200 lebih tah), utk yg benar2 aku kenali, yg aku ada contact number seme. Yg aku tgk tak penah update tu aku remove. Aci tak? (Igt tak penah update, skali derang yg da remove aku. Hahaha).

Pasal FB ni memacam citer sebenarnya. 
Penah aku terbaca yg up status nak pregnant, then tanya ke suami. Dalam FB tanya laki ko. Apa ke choi sgt. Satgi ko up status cenggini - oh, lega da setel bikin baby, harap berjaya. Motip sgt kalo kuar camni. Ini bkn status kawan aku kat FB la. Kawan kpd kawan.
Mujur aku takde kawan sebegini. Kasihan.
Ada yg bini berjaya pregnant, tetiba ada kawan kata 'wah, sharp shooter'.
Mungkin derang baru kawen kot.
Oh, ini pun bkn kawan aku, tp kawan kpd kawan aku, aku jadi kaknap menyibuk tgk status org. Hahah.

Itu pasal pregnant la. Pasal lelain pun ada la. 

Panjang citer pasal FB ni plak.
Yg penting gunakanlah sebaiknya FB ni. Jangan la jadikan medan peperangan pulak.
Yg elok jadikan tauladan, yg baik jadikan sempadan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign