Pages

20 January 2012

Cuti Cuti Langkawi : Island Hopping

Dari pe 'rikian' aku sblm pegi, aku igt nak amik Pak Harun Island Hopping ni. Sbb tgk dia ada blog, lps tu cam bes ja ada sediakan makan seme. Tp tak call sbb nak tgk kat sana cemna.

So, bila da check in, kiterang tgk kat Langgura tu ada cam kedai yg promote Island Hopping. Trus tanya. RM25/person. Diskus2 seme, derang kata oke. Amik je lah, rega sure sama je pun. So, bayar deposit RM50. Abg yg jaga tu pun explain la pakai cemna, kalo kat Tasik Dayang Bunting tu buat apa seme. Kiterang pun dgr je la, sbb da tau pun kan. Duk baca citer2 kat blog org yg da pegi. So, da dpt gambaran la cemna Island Hopping nih.

Island hopping mmg standard la seme. Cover 3 tpt - Tasek Dayang Bunting, Eagle Watching, Pulau Beras Basah. Dalam 3 jam la lebih kurang. Tpt dia amik kat area Cenang tu lah. Lps tu dia bawak naik van. Kalo amik trip pagi, dlm kul 9 tu ready lah kat tpt2 yg dia dah cakap. Pakaian pun utk island hopping ni, pakai la yg bersesuaian. Tak perlu la kot ngan high heel, tudung lilit2 bagai. Abg yg tpt kiterang beli pakej ni gitau, ada retu sorang makcik dari Johor siap penuh ni ha (dia tunjuk leher ngan tangan-kira kata pakai barang kemas la), lps tu ngan high heel cam nak gi shopping katanya. Ngeee. Tp yer lah pun. Sempoi ja. Kiterang memasing mmg pakai baju yg sedia utk nak mandi. Sempoi je pkai slipar (beli kat tpt Cable Car tu. Huhu).

Kiterang pegi ari ke2. Amik yg pagi. Harus la. Ada bran nak amik yg sesi petang punya. Panas woh. Mmg island hopping ni ada 2 sesi. Satu sesi utk kul 9, satu lagi kul 2. Sblm tu jumpa je brader yg jaga tu dia dok peringat tu. Dari petang smpai ke malam duk jangan lupa yer kul 9 kat sini, jgn lupa yer. Tu la dia dok ulang. Huhu.

Pagi tu sesudah subuh, kiterang carik bekpas. Adoi. Igt nak pekena nasik lemak. Tp kemain payah nak carik. Jumpa satu kedai. Igt jual bekpas. Skali da jual lauk pauk. Pergh.. ada gerai jual nasik lemak, tp adoii... pegi je, nasik da abis dik. Ate..bekas nasik pun thp org nak bawak gi piknik tu je. Kalo buh dlm polisterin, dia guna polisterin yg buh beger tu. Kazen aku ni dah kata, tak cukup..tak cukup. Kiterang nak buat bekal, bawak gi island hopping tu. So, jalan dpn sket, jumpa satu lagi kedai. Pun nasik ngan lauk. Cam makan lunch tu. Tp boleh la. Beli utk bawak ke Island Hopping n kami makan bekpas kat situ. Apam Lenggang. Jadi ler.

Kul 9 da siap tggu kat kedai abg tu. Tunggu van. Ada la 2,3 org lagi yg tunggu. Smpai van naik himpit2. Haha. Cam tin sardin okeh. Kami berempat kat blkg. Comel btul duk himpit2 kat blkg tu. Ada gambo, tp tak sanggup nak tunjuk. Hahaha. Bayangkan van tu muat 14 org + 1 kanak2. Phew...

So, tak jauh pun dari Cenang ke Jeti tpt nak naik bot tu. Dia kat area Pantai Tengah. Menunggu gak la. Dlm kul 10 camtu baru gerak. Yg naik van skali kiterang tu kira satu bot la. Ada gak yg aku tgk bawak baby yg aku agak baru lps pantang. Kecik sgt sgt. Kiterang lak yg seriau2. Tak sesuai kot nak ber island hopping dgn baby yg kecik sgt tu. Entah la. Aku pun tak bleh nak kata lelebih, nati kena sound lak. So, takpe. Abaikan.

Gunung berbentuk perempuan mengandung
Tpt pertama yg dia bawak adalah Pulau Dayang Bunting. Dia akan benti kejap tgh2 laut tu utk tgk bentuk gunung perempuan mengandung tu. Lps tu terus la ke Tasik Dayang Bunting.

Smpai sana, mmg habuan la. Sbb aku da tau bila baca blog org, maka buat langkah berjaga-jaga. Tu pun kazen aku kena gak. Dia pegi pegang botol 100 plus. Tetiba 2,3 ekor beruk ni mai. Igt kenapa, aku kata, dia nak air, lps kan air tu. Bagi je la. Sblm tu napak dia makan chipsmore la, keropok2. Hui..meriah dia. Tp kalo kamera seme tu dia tak usik. Dia tau makanan. Masa nak balik tu, dia rampas botol susu budak. Memula bapak budak tu nak amik balik, skali elok je beruk tu isap dah. Mmg tak la nak amik. Aiyok... 
Jadi, sapa nak pegi, sila la berhati2 dgn 'penyambut tetamu' semula jadi kat sana ya. Bawak makanan boleh, tp jangan pegang bagi dia nampak. Kalo dia nampak mmg melepas...!

Dia bagi 1 hour kat Tasik Dayang Bunting. Mula mmg rasa cam lama. Tp bila nak mendaki tu da dkt 15 minit. Mandi2 jap, then nak naik balik dah 15minit lagi. Tinggal berapa lama je kan. Aku mandi gak la sesket. Takat celup2 camtu la. Basuh muka sket. Minum sket. Tak pandai berenang. Kazen aku sakan, dia pandai berenang. Aku siap sewa life jaket la utk buat pelampung. Satu life jaket tu sewa RM5. My dear pun idak la pandai berenang. Tp dia berani. Aku mmg penakut. Aku terpikir apa tau, buat nyer tertarik masuk bawah pelantar tu. Eii.. idak la wei...kejap ja aku masuk air. Aku mmg ada fobia ngan tasik sebenarnya. Laut ke, air terjun ke takpe. Mmg aku sker, tp tasik... Mmg aku kalah. Tgk tasik beso2 kat Putrajaya tu pun memacam aku pikir. Tp demi kata nak mencuba kan, maka aku berani kan la diri.

Team yg 1 boat ngan kiterang ni displin. Kejap je seme dah ada. So, sng. Bot pun jalan. Dah la nak balik dari tasek tu ujan renyai2. Dah macam sedih2 ja. Takut nati kena balik jeti. Huhu. Tp hujan rahmat mungkin sbb kejap je da benti ujannya.

Smpai tpt helang makan tu ujan reda. Maka, bleh tangkap gmbr helang2 terbang. Bes. Byk betul. Aku rasa dulu derang ada bagi makan. Tp kan cam ada isu dulu. Pencinta alam da tak bagi utk bagi makan. Takut menggangu kelangsungan ekosistem dia. Nati takut dia tak reti carik makan secara nature dia. Maka, tgk je lah. Bes. Satu pengalaman baru. Huhu.

Gmbr mmg kurang memuaskan. Sbb dia jadi kelam kabut atas bot tu sbb rebut2 nak tgk helang. Nak jaga kamera lagi, nak bdiri atas bot lagi. Seme dlm tu pun duk sebuk2 kan. Tu la jadinya gmbr ni. Nak zoom pun tak terpikir.

Lps tu masa nak gerak, bleh plak bot cam ter berenti. Tgh lautan okeh. Ko tak gego? Kiterang duk dpn abg bawak boat tu. Kazen aku tnya la kenapa. Skali kena tazkirah. Katanya - kalo Allah nak bagi kita balik, dpt la kita balik, tp kalo Allah da tak bagi kita balik, kita kena terima. Apa pun, Insyaallah selamat kalo kita ingat Allah. Cam tu la lebih kurang tazkirah di tgh lautan ye anak2. Ko hado?? Hahaha. Gelak, gelak juga. Tp buat nyer tersadai tetengah tu. Haihs. Toksah duk bayang la. Tp bot2 lain byk sbb byk  nya orang buat island hopping kan. So, jgn pikir negatif kalo buat xtvt camni yer.


Then akhir skali Pantai Beras Basah. Pantai yg jernih. Tp takde apa la. Just ada kedai kecik. Kami selamat sbb bawak bekal nasik. Haha. Takde pun org makan nasik napaknya. Weols ja. Apa ada hal. Lapau. Oh. Kat sini gak takde toilet. Maka, pepandai la ko nak kencing kat mana. Air seluas2 alam kan. Tp kalo yak yak ai donno lah nak buat camane. Korek la pasir situ. Hihiks. Kat sini pun 1 hour. Laut dia mmg tak dlm, tp jernih. Cantik. Ada la kut nak main jet ski ke apa. Tp kiterang lepak dlm air je la. Kazen aku duk melayan tab kat atas pasir yg memutih cantik. Bes. Bes.

Lps tu balik la semula ke Jeti. Naik van yg sama, turun la balik kat tp naik tu. Bes. Mmg bes. Sbb new experience. Aku tak penah lagi buat island hopping. Kat Pangkor pun tak buat.  Sokay la. Island Hopping kat Krabi sama ke camni? Lebih kuang la kut kan. So, da tau la cemana kan. Nati bleh riki2 pasal Island Hopping kat Krabi plak. Tp igt nak carik kat sana je. Cam aku beli yg kat Langkawi ni gak. Online nati mahal. 

So, tu lah experience ber Island Hopping. Sgt seronok. Aku sker. Tp selalu2 tak mau la. Tpt lain la plak kan. Ke amik trip yg Pulau Payar tu ke. Menarik gak tu. Takpun gi Pulau2 kat Sabah lak nati. Seawalk ngan   snorkeling skali. Bes yaw. Hihi..

Entry berkaitan :
Shopping, Dining
Tempat-tempat menarik 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign