Pages

4 October 2011

Campak dan Buang


Bacaan seterusnya : Utusan Online

Kredit : Metro Online

Dua cerita yang sama.
Namun kisah yang bawah, si pelaku masih mempunyai perikemanusiaan walau hakikatnya itu bukan lah sifat manusia.
Isu yang takkan ada kesudahan, malah makin menjadi-jadi.

Pada kami yg sukar mendapat rezeki zuriat, kisah begini amat-amat menghiris hati (juga pada ibu ibu yg lain juga tentunya).
Tergamak mencampak bayi yg dikandung selama 9 bulan. Darah daging sendiri. Di mana letaknya akal dan fikiran. Di mana letaknya peri hati dan perasaan sebagai seorang insan.
Apa pun, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu si pelaku, walo pada hakikatnya sememangnya kesalahan yang dilakukan itu memang patut dikecam. 
Mungkin takut penerimaan orang lain, mungkin tak mahu dicemuh oleh masyarakat, akan dibuang keluarga atau mungkin pernah diperlakukan macam drama Soffiya dan bermacam lagi yang menyebabkan si pelaku terpaksa mencampak sesuatu yg menjadi 'sampah' nya.

Dan dalam kes begini, aku setuju dengan pelaksanaan Baby Hatch. Dulu ramai yg memberikan reaksi negatif pada Baby Hatch ni. Ada yg kata akan meningkatkan kes penzinaan dan sebagainya, tp kalo itu yang terbaik selain dari pelaku mengambil langkah 'mencampak sampah nya', adalah lebih baik bayi itu diletakkan di Baby Hatch ni. Ramai yg masih memerlukan bayi itu. Dan dia juga perlu hidup.

Info Baby Hatch :
http://www.orphancare.org.my/index.php/baby-hatches/


p/s : Dah lama aku view web OrphanCare ni. Esp berkenaan adoption. Tp ini bukanlah keputusan yang mudah utk diambil.  Melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga. Lagipun family mcm tak bagi pula nak amik anak angkat yg tidak diketahui susur galur keturunannya ini. Tapi mungkin suatu hari nanti, jika digerakkan hati oleh Allah, Insyaallah.... akan dipertimbangkan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign