Pages

29 August 2011

~Pasal Pemilihan Broadband Baru~

Walo aku tau tader sapa dah nak baca blog time time nak raya ni, aku nak tulis gak. Huhu. Seme org tgh duk sebuk nak masak rendang segalak kan.
Aku...cam biasa... rendang, rendang la..blog tak lupa.
Oh. Ari ni Senin. Kut ada yg tgh keja, boring2 tu meh la baca entry haku nih.
Haha.

Eh. Apahal cam ketagih suh org baca blog nih??
Oke lupakan.

Hari ni Insyallah, hari terakhir utk Ramadhan tahun ni. Ramadhan pasti akan kembali, tp utk diri kita, ada kah kita akan berkesempatan bertemu dengannya pada tahun hadapan??
Oh. Kalo sempat, mlm ni aku wat entry "konvokesyen Ramadhan yer". Tgk apa yg dpt buat dan apa tak dpt buat sebagaimana di target. Aku mmg tak penahtulis nak target itu ini masa bulan Ramadhan ni (e.g : khatam Quran 30 juzuk bla bla bla) sbb  bila tulis cam poyo plak, dan bila tak dpt nak buat lagi dabel poyo. So, terus ada Ramadhan graduation/convo je lah yer.

Oh. Bkn ni yg aku nak repekkan. Masih lagi berkisar mengenai pemilihan broandband. Kalo dulu aku kata aku nak pilih antara DiGi n P1, kali ni dah termasuk 2 lagi pilihan iaitu - Umobile dan YES.

Umobile tu aku terpengaruh ngan iklan la. Kan duk sebut 'giler laju la, giler murah la'. Tu nati nak tanya lah kat kedai dia.
YES plak tgk Deqlis duk update kata laju.

Hurm. Aku kalo bleh nak carik yg takde kontrak punya, tp postpaid.
Sbb kuwasa lah kan nak pakai prepaid nih. Mmg tak kuwasa. Tepon pun, walo skang da tak guna sgt pun aku malas nak topap topap apatah lagi la kalo bband. Kang tetiba tgh online tetiba disconnect. Oh. Kenot kenot.. takkan nak patahkan lagi sim kad. Ate giler asik nak matahkan sim kad je keroje nyer.

Kalo yg Umobile tu leh tgk kat web dia ni

Dgn rega yg aku bayar pada selekom tu ari - RM68 aku dpt 5GB which ngan selekom 4GB.

Yg YES plak aku kena study dulu lah. Tk berapa nak paham plan dia tu sbb ikut dia tulis tu "pay as you use".

Da biasa online waktu malam, mmg sangap jugak. Bln puasa retu oke la gak, ni pasni da tak puasa, lagi la dabel sangap sbb aku ni tak berapa sker nak tgk TV.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign