Pages

11 August 2011

~Pasal Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi~

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI
TAHUN 2011

Oh. Bonus kita tu namanya Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011 rupanya. Huhu.
Apa2 pun kita tgk siapa yg layak.

4. Pegawai yang layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi adalah seperti berikut:
a. pegawai tetap, sementara, Pekerja Sambilan Harian, contract of service, contract for service dan guru sandaran;
b. pegawai yang bercuti separuh gaji;
c. pemandu yang dilantik oleh pegawai Jawatan Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas ‘A’ dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya;
d. pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Yang Arif Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971; dan
e. pegawai contract of service yang putus perkhidmatannya selama satu (1) hari sebelum disambung semula kontrak perkhidmatannya.

Syukur, Alhamdulillah, seme merasa la kiranya, tak kira kontrak ke SPS ke (yeps..unit aku ada 5 org SPS).

Bila dimasukkan ke akaun, itu aku tak pasti (sbb aku ni badan berkanun). Samada skali ngan gaji ke apa ke tatau. Kalo sama ngan gaji sakit gak la sbb det raya seme nak tukar dah, duit kuih raya lagi kan. Tp masa raya mmg bebtul raya lah namanya. Huhu

Utk keterangan lanjut leh klik Pekeliling ini - 
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/08/pp082011.pdf

Akhir kata dari saya
"berbelanja lah dengan berhemah".... cewahh! :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign