Pages

11 August 2011

~Artikel Ramadhan 11 : Hadas Besar~

APAKAH hukumnya jika seorang wanita mencukur bulu kemaluan, ketiak, memotong rambut dan kukunya ketika haid? Adakah ia dibenarkan oleh agama?

MIKA
Gombak

Seorang wanita dalam haid termasuk dalam golongan yang berhadas besar. Ketika dalam hadas besar, perkara yang dilarang ialah solat, puasa, tawaf, memegang al-Quran dan berada dalam masjid. 

Berkaitan perkara dipersoalkan tadi, semuanya dibolehkan. Tiada hadis atau ayat menyatakan semua perbuatan itu haram, oleh itu hukumnya adalah harus.

Bahkan, semua perkara dinyatakan adalah termasuk dalam sunnah dan fitrah yang perlu dilakukan.

Kredit : Metro - Anda Musykil Dr. Mashitah Jawab.
***

Tingat dulu masa sekolah kalo potong kuku waktu period kena simpan, pehtu cuci time mandi wajib. Heh!
Naif lagi time tu. Smpai aku ada terbaca soal - jawab begini sedikit masa lalu, aku da tak amalkan lagi menda2 camtu.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign