Pages

28 September 2010

~DiGi iPhone 4 Play~

Seterusnya..sesudah mensasaukan diri " I want..I want..I want a DiGi iPhone4" (err..sapa yg blur sila refer link ini - iPhone 4 Me -Day 1 Task). Kini teruskan dengan kesasauan, kegilaan anda dgn Digi iPhone 4 Play.

Apa? Dpt iPhone utk di 'play' ? Biar benar kau. Dun 'pray-pray' ah (ikut nada PCK). iPhone canggih camtu nak buat play je. Kalo phone camni tak pe la kan.

Source : Here
Igt dulu masa sekolah rendah. Ada tumbler rupa camni. Aku takde tp my bff - Zirah ada. Kaler pink lagik. "Zirah, ko igt tak?"

Play tu aplikasi yg ada dlm smart phone iPhone ni la. Ada memacam aplikasi ada. Aku tak pernah try tp boleh ke web ini utk baca baca, lihat lihat, berangan berangan. Ha..gitu.

Byk giler aplikasi nyer wey, yg buat aku walawey, terliur..terliur.. Cuba tgk sepintas lalu.
  1.  Apps For Cooks - sapa suka masak2 sila guna aplikasi ini. Ada Martha Stewart nyer resepi suma. Ala..yg dtg opis aku ari tu. Nak masak apa ari ni bang?? Nasi beriyani gam?? Ok..buleh aja dgn iPhone ni. (Martha Stewart ada bagi resepi nasi beriyani gam eh?)
  2.  Apps For Great Outdoor - ini sapa suka xtvt luar pasti sukakan ini. Boleh tgkp gmbr tapak kaki binatang dan iPhone ni trace tapak kaki apa yg anda capture. Boleh kita tgkp gmbr tapak kaki beruang pas ni yer.
  3. Apps For Keeping Current - Ni sapa suka CNN leh la guna aplikasi ni. Tak pyh la tgk kat tibi. Anytime. Anywhere. Dgn iPhone ini. Eceh. Sapa ada saham dunia mesti suka ni, tp saham akhirat dilupa jgn yer.
  4. Apps For Work - Ni sapa terlibat dlm bisnes ke project manager ke sng la. Boleh buat graf suma, anggaran untung rugi. Sng la kalo ada presentation ke apa. Apa barang usung laptop besar masuk bilik meting ye dak. Kita pakai iPhone je. Harus Tuan Pengerusi pun ter kesima. Haha.
  5. Apps For Music - Buleh compose lagu ko. Tak canggih ke tu? Ok, lps ni boleh buat contest 'mari menulis lirik lagu'. Buleh jadi gitar jugak.Kira boleh buat mobile studio la iPhone ni. Tk ke best sungguh tu?
  6. Apps For Student - Wahh..ada jugak khas utk student. Taktau nak convert 1km bersamaan berapa meter? iPhone ini ada jawapannya. Tak tau di mana letaknya medula oblogata? Pankreas? iPhone ada jawapannya. Hui..apsal la masa aku student dulu tkde mendalah ni. Tp persoalannya- mampu kerr? Haha. Pakai 3310 pun masa tu da rasa cukup gempak. Kahh.. Oh ya..tp ingat yer adik2, sila jgn buat ia sbg 'toyol' semasa jwb exam yer. Salah dan berdosa tu.
  7. Apps For Moms And Dads - Mang..aii.. jadi mak pak pun buleh cari info melalui phone je skang ni. Nak blajar lagu 'old mcdonald had a farm ei ai ei ai o.. and on his farm he has some chick ei ai ei ai o.. and they chick chick here, chick chick there.." pun ada dlm ni. Dora pun ada.Nak dapatkan tips keibu bapaan pun mudah je dgn iPhone nih.
  8. Apps For Working Out - Bising badan da mcm tong dram la, tong gas la. Malas nak ke gym? Ala, kita buat kat rumah je. Guna je iPhone ni. Siap boleh carik program mana nak follow utk capai target goal. Malas jugak taktau nak kata apa lah.
  9. Apps For Managing Money - Nak ber Pay Pal ke apa ke suma da tersedia kat sini. Tk pyh la kalut2 nak online atau carik bank kalo tetiba tgh mlm ada kawan kata "ko kena byr mlm ni gak utang aku tu". Walhal kita ni jgn kata broadband, laptop pun takde. Ha..cena. Dgn iPhone ni masalah anda akan selesai. Huhu. Tp masih tak boleh la buat alat ni sbg mesin ATM. Tp mana tau di masa depan ada. Tp celah bedah mana duit nak dtg yer. Emmm...
  10. Apps For Travelling - Khas utk sapa suka travel ni. Info pasal flight suma ada. Tkde la ko kena berlari2 anak takut pintu utk pelepasan da tutup. Never get lost in City Of Light kata nya. Bila la plak aku nak merasa ke Paris ni. Tkpe..berangan dulu. Tp kalo tak ke Paris pun, mungkin iPhone boleh tunjukkan jalan di Parit. Ate' kome ke Bote kite ye? Huhu
  11. Apps For Fun And Game - ini kalo bagi ke anak buah aku mmg tak leh ckp apa la. Mmg terus jadi iPhone 4 Play la jawabnya. Byk game. Gmbr pun cantik. Uhh..again..terliur..terliur..
  12. Apps For Going Out - Kalo tadi ada utk outdoor, tp yg ini utk kita berlibur-libur. Nak carik tpt makan bes, nak tgk movie apa tgh ada kat wayang dan juga boleh call teksi trus di hujung jari anda melalui iPhone ini. Bes ni..lps ni boleh selalu jalan2 cari pasal makan.
  13. Apps For Remote Control - Remote Control TV da rosak. Tkpe..iPhone ni menyelamatkan keadaan. Bukan shj utk tv, malah kereta, motor, basikal (tipu!) pun boleh. Godek je info selanjutnya.
13 aplikasi ni bukan 13 tu sahaja. Dlm 13 tu ada lagi aplikasi2 dia. Dlm aplikasi2 tu ada lagi anak2 dia. Makanya..sekiranya anda selama ini guna phone setakat buat dan terima panggilan, dan kdg2 SMS, anda harus berubah. Ini lah smart phone yg dinantikan-iPhone4.

Seharusnya mmg saya sukakan kesemua aplikasi yg ada pada iPhone ini. Tp antara aplikasi kegemaran saya adalah
★ Apps For Cooks : Dulu saya tak suka masak, tp skang saya suka masak. Lebih2 lagi bila my dear husband saya suka dgn apa yg saya masak hingga makan byk2 smpai badan pun naik byk2 dan org opis pun semua tegur byk2 kata my dear husband da gemuk. Dlm application ni saya boleh dapatkan banyakkkk resipi, saya boleh tau cemna cara nak potong2 daging, cemana nak kira bahan2 dlm kuantiti yg byk. Sng nati nak open house. Pendek kata klik je sini nak tau lebih lanjut : Apps For Cooks

★Apps For Student : Walo saya belum berkesempatan nak jadi student semula saya tetap suka kan aplikasi nih. Maklum la..dulu kan tak merasa ni suma. Dictionary pun ada ni, sng nak cari makna perkataan. Klik sini utk tgk lelain aplikasi yg best sangat.. Apps For Student

★Apps For Moms And Dads : Walo saya masih takde anak saya suka aplikasi satu ini. Sgt bes la. Terutama yg boleh monitor baby tu. Baby da bgn tido pun kita boleh tau. Sila la klik sini - Apps For Moms And Dads.

★Seterusnya, paling suka adalah Apps For Fun And Games : Sapa yg tak suka bermain games kan. Mmg melekakan tp ingat jangan melalaikan. Bahaya tu. Byk game menarik nih. Jadi bosan2 tggu org kat stesen lrt ke apa buleh la main game dlu. Napak kewl kan... Haha. Klik sini : Apps For Fun And Games

Dan jangan lupa ya..kesemua aplikasi ini lebih berkesan sekiranya di'suntik' dgn simkad DiGi. I will follow you... 

So, yellow chuzzle..ai boleh dpt ka itu digi iPhone??

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign