Pages

27 July 2010

~Mansion Di Atas Kayangan - Progress~

Pagi Isnin yang permai. Bkk je mata pagi tu, pandang tingkap. Ya Allah.. da terang.

Pandang jam. Hah! giler... dah kul 7am. Haaa... kesiangan..
Tau je lah kalo bangun terkejut ni kan dia akan rasa pening.
Trus lelaju kejut my dear - capai towel - berdesup masuk b.air- dlm keadaan pening. Mujur da iron baju memalam tu. Biasa aku mmg liat sket nak iron baju waktu mlm. Salu hegeh2 pagi tu jugak. Umm.. da la kena jadi petugas sambutan utk sidang media pagi tu.
Sup sap sup sap. Kul 7.40am kuar umah. Masuk keta-bagi enjin panas sat-gerak 7.45am. Mmg bajet smpai opis lewat la. Nasebbb.
Dgn rasa nak terberak suma kan. Huih. Ni tak terjaga ni mesti sbb aku da tak igt cuti ke tak sbb asik keja je walo ari Sabtu dan Ahad.
Then oleh krn kiterang masa Promosi ni paking jauh sket dari opis, my dear antar aku dulu. Lelaju naik opis. Lif plak lambat. Umm..tau sure tak sempat neh. Gelabah - gelabah (ala..bkn apa pun..kad masih bersih takde merah okeh..tp malas nak amik sign bos)
Then touch staff kad kat pintu masuk, tgk jam kat censor mesin (ke panggil apa tah) tu 8.01. Tau..sure merah dah ni.
Skali... awww... 7.59 okeh (mmg jam kat sensor tu ngan kat mesin punch kad berbeza). Seronoknya. Haha.
So, moral of d story - tau kan kenapa aku harus carik umah tgh2 KL waktu 'muda2' nih. Ye la. kalo da beranak renek sok mmg takde kesiangan la sbb sure anak2 jd alarm clock nyer. Mengkalo la aku ikut kata org tu yg suh beli umah bertanah yg sama rega dgn umah aku tu tp kalo aku kesiangan bangun kul 7, adakah sempat aku punch kad tnpa bertukar kaler merah? Sempat?? sempat?? ko byg kan la, let's say Rawang. Ko hadap la jem tersengguk2 kat jalan Kuching tu kalo kul 7 lebih. Silap hb trus msg bos - Puan, saya EL, sakit kepala. Hoho.
Ok. Berbalik pada topik sebenar.

Lama da aku tak stori about my mansion.
Saja..takmo la teruja sgt. Takut nati duk tunggu..dan tunggu...dan tunggu.
Tp sejak developer anta surat laju2 ke treasury suh byr ni terpaksa rasa teruja.
Haha.
Yelah..baru 2 minggu lps rasanya dia antar surat yg kata da siap utk phase (c)-stage2, skang da antar surat utk phase (d) -stage 2.
Utk info, mansion aku ni ada stage 2, 3, 4 and 5. Jgn tnya mana stage 1, ku tatau. Then dlm stage 2 ada phase (a) till (h). Kira major construction adalah dlm stage 2.
So, sejak dari aku dpt S n P till now, progress dia da 45%. Mau aku tak teruja. Tk smpai setahun da siap hmpir 1/2. Aku tau bkn sng la nak masuk cpt2, nak amik vacant possession tu. Tp hati aku lega bila napak progress dia bergerak smoothly. Syukur sangat2 sbb aku paling takut dia jadi 'sakit'. But then, aku pula berpegang bila developer yg amik projek 'sakit', maka kebarangkalian projek ni 'sakit' semula adalah rendah. Begitu lah kata mereka yg berpengalaman. Sbb umah aku ni adalah umah yg projek sakit bagi blok A,B dan C. Dan developer skang ni amik alih dan siapkan blok D (see.. ada hikmahnya sakit sbb kalo dia sihat tentu aku tak dpt beli sbb keempat2 blok ni patut siap dlm thn 2007 kut. Tah..tak ingat). Walo pun begitu, aku sering berdoa agar takde la kemungkinan2 tak elok berlaku. Moga semuanya berjalan lancar.

Lepas ni utk internal dan external plastering pulak. Then sewerage works, drains, roads and da masuk stage 3. Yahuu... nom nom nom. Eh ter excited smpai buat tulisan yg makan makanan sedap.
Teruja teruja jugak tp mcm berdebar pun ada. Eh. Mcm nak nikah plak ada debar debar neh. Debar la weh. Banyak duit nak pakai kalo ikut plan yg ada dlm kepala hotak neh. Nak bikin bilik ayor yg ada tempered glass lah (konon mcm hotel tuh), nak beli buaian rotan gantung kat balkoni (aku risau runtuh balkoni org tgkt atas je), nak buat akurium yg melekat trus kat dinding tu, yg mcm ni.

Lain2 keperluan mcm air-cond (okeh..yg ni asik mendpt tentangan dr my dear sbb aku kata nak buh kat every each bilik-proposal ditolak-so,kita ganti kipas dinding sudah. Bilik utama je air-cond), kitchen kabinet, grille, tv plasma/LED/LCD (atau 3D) etc. etc.

Byk pakai duit. Tp nati developer akan pulang balik sejumlah duit. Sapa pinjam treasury tau lah duit apa kan. Lelain sila pakai duit terpijak. Haha.

Aku rasa aku da kena start buat bajet. Kut tak nati masuk je lah umah dgn tema 'apa yg ada'. Huhu. Seb bek umah mmg da ada tiles. Kut tak kena pikir lagi tiles.

Umm.. nati nak cat umah kaler apa eh? Orange?? Haha. Harus kena reject lagi proposal dgn incik my dear dan dia pasti akan kata 'pakai je la warna yg sedia ada'.

Dah. Dah. Masuk 50% siap nati baru leh start berangan okeh.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign