Pages

17 January 2010

~PnStoberi dan xtvt ari Ahad~

Ari ni ari Ahad.
Ari Ahad adalah ari tidak bekerja.
Ari Ahad, nak kata ari best tu tak la sgt sbb terpikir esuknya kena keja kan.
Jadikan kita mulakan ari Ahad dgn pagi2 nyer.

Pagi2 nyer kami sudah berjoging. Tapi pada dasarnya tidak lah berjoging. Hanya jalan2 pusing2 seluruh TTwangsa sebanyak 2 round. Berpeluh tiak jugak lah. Kenapa tidak berjoging?. Sbbnya da turun smpai keta baru tgk kasut sport takde. Udah malas nak naik balik amik kasut dalam umah. Sudahnya pakai slipar je. Selambaaa....

Lepas tu da jalan2 napak pulak ini.


Belon panas lah.

Taktau la dia bagi public naik ke apa ke kan. Sbb aku napak mcm ada grup cina yg naik mendalah tu. Idak la tinggi mana pun dia naik. Pehtu kejap je.

Memacam da ada menda kat TTwangsa ni. Yg belon pening2 tu pun ada. Idak la aku tingin nak naik. Pening kan satu hal je. Ala, bola besau yg kita leh masuk then golek2 kan tu.

Ok, da abis xtvt pagi. Balik umah, bersihkan badan, berehat, bekpas, baca paper suma, pas zohor kita kuar balik.

Cdg nak gi Jusco, tp tingat kat Wangsa Walk. Tak penah lagi pegi situ. So, pegi situ lah. Round2 dlm tu. Bes jugak. Byk butik2. Nati kalo raya buleh la dtg sini. Byk juga baju cecantik dgn rega berpatutan jugak.

Kami pegi sini tanpa lunch. So, mau lunch di sini trus lah. Memula da masuk A n W. Ramai nyer org. Aku tau sbb apa ramai. Sbb dlm tu takde KFC dan Mekdi. Kalo ada 2 ni, kompem la restoran bear ni kurang pelanggannya. Tkpe, kita jalan2 dulu.

Seterusnya masuk kedai vcd. Ada beli satu vcd. Hik Hik. Cd apakah itu?? Tunggu nati aku buat entry khas yer. Aku takut nati hot hot chicken shit je aku nih. Beli CD bagai then pastu trus tak buat dah. Tp td da praktikkan. Bes woh..berpeluh jugak lah.

Oleh krn lapau giler lantas mcm da menggigil trus la masuk kedai Ayam Penyet. Lama da tingin nak rasa ayam penyet nih. [juga dari pembacaan ke blog2 org lain yg slalu citer pasal ayam penyet nih].


Owh, Baru perasan. Dkt kul 5 baru kami lunch rupanya.

Kami makan ayam penyet lah sbb itu yg nak dirasa. Pehtu sbg kuah amik gulai lemak pucuk ubi then amik juga tauhu tempe. [org sebelah yg baru smpai sebelah k'org dok pandang2 menu k'org pehtu bila menu dia smpai, aku tgk tak amik kuah, lorr..kesian tgk makan kering2 je.then da makan setgh baru dia mintak sup ayam ke apa tah..agaknya derang 1st time kut dtg situ].


Gmbr air ku sudah lupa mau snap. Tp air biasa je. Ingat kut nak terai la alpukat ke apa ke tu tah. Yg avocado tu kan. Tkde plak air tu. My dear minum ice lemon tea, aku amik strawberry snow apa tah [ala..dia pakai air yogurt stoberi tu je]

Secara keseluruhannya..sedap. Nasik aku abis [ini utk faizullah sbb nati dia ingat aku makan tak abis]. Lebih sedap sbb sambal tu pedas, Mmg sedap la utk tekak aku makanan pedas ni kan. Pulak tu service adalah cpt. Kurang 20minit da smpai makanan suma. Bagus. Aku mmg sker service cepat2 nih.
[hoho. aku buat hal lagik. Masuk satu kedai nih, nak beli wrapping paper, da amik 6 keping then bwk kat cashier. Tgk org kat cashier tu tgk terkedek2 balut adiah. Tkpe la. Kut dia panggil kwn dia ke apa ke. AKu jalan2 jap dlm kedai tu. Pehtu gi balik kat cashier tu. Da pegang2 wrapper aku. Leh cina tu wat donno je, trus je balut adiah. Ello..buleh tak ko tekan kejap mesin cashier tu dan amik RM6 yg aku nak bagi nih. Lembapsss..so, aku dgn selambanya tinggal je wrapper tu atas meja cashier tu dan trus kuar dr kedai. Ada aku kesah??? Spital pun aku leh buat, ini kan plak kedai2 picisan nih..tah pehapa tah..aku tgk mesin cashier tu ada 2..tp keja tak effective].

Dah pegi Wangsa Walk tu trus ke care4. Ada nak beli 2,3 barang. Lepas tu balik...

Dah tu je lah citer ari Ahad. Tggu ari Ahad next week plak apa citer nyer. Ada sesapa nak join aku joging, atau nak naik atas troli aku tolakkan ke kat TTwangsa tu. Yelah..bila aku mekik2 kat fesbuk nak kemas umah, ada je yg nak suh aku kemaskan umah derang, then bila aku masak, ada je la yg nak suh masakkan la, anta kan la. Meh la kita lawan berapa round bleh joging kat ttwangsa tu. Mau???

Dah la..entah apa2 je entry nih. Mencik aku aih.

PnStoberi : jgn jadi pemalas ok!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign