Pages

26 September 2009

~Raya-Chap. 1~

A Day Before Raya.Pepagi da bgn. Kena sesiap utk memasak juadah ari raya.Menu family kami adalah spti biasa. Tiada yg lebih tiada yg kurang.

-Lemang [igt dulu lps ayah meninggal takmo buat lemang dh sbb takde sapa nak carikkan buluh. tp smpai skang,lps 5 thn lemang masih ada dlm list menu pagi raya..Alhamdulillah]
-Rendang daging [5 kilo daging..naik kebas tgn menghiris daging pagi tu]
-Nasi impit [segera sajork..Adabi]
-Kuah lodeh
-Kuah kacang [aku da belajar step by step buat kuah kcg ni beserta gmbr skali..nati la buat entry khas utk kuah kacang ni sbb retu aku buat hancus jadinya]

Ini thn pertama dan utk kali pertamanya dia kena take part masak lemang. Jaga api lemang. Dgn Abg Cik. Haha. Lemang nyaris hangus. Naseb baik Abg Cho dtg resq lepas tu.

My dear dan abg iparnya. Masa ni baru letak lemang tu. Api pun tak kuat lagi.


Da nak masak dah..napak lemang mcm hangus kat situ. Huhu.

Disebelah lemang tu kami masak nasi impit segera tu. Tak snap lak gmbr. Mudah kan pakai nasi impit segera nih. Tuang air..tunggu dia men debab kan dirinya. Tmbh air je kalo da kering. Pastu da makin debab nasi impit tu da buleh angkat.

Dlm rumah aku tukang kacau rendang pedas daging. Kacau je. Mak yg masukkan bahan2. Rendang pedas adalah remeh sket pembuatannya. Kena ada segala mak nenek serai,daun kunyit, lengkuas, bwg merah. Suma tu blender sajork. Dulu ms arwah opah ada,dia bleh hiris halus2 suma2 tu. Jd tak perlu la blender. Ramas saja dan masuk dlm kuali. Sedap la sket rasanya. Tp kami2 ni tak mewarisi utk hiris halus2 tu. Kompem hiris jd kasar, kena la blender. Diletakkan juga kerisik [err...santan ada ker?? tah..lupa] Dan letak cili blander jugak.

Dlm kul 1 lemang kami masak. Awal kan? Haha. Senang. Lepas tu my dear dah tido. Tk larat dh dia. Merah2 muka nyer duk berdiang kat api.
Aku buat apa ah lps lemang tu masak. Tido ke??Tah lupa. Lepas tu family Kak Yong lak smpai. Dlm kul 6 tu aku buat xtvt ini.



Haha. Dirumah saja. Anak buah ku itu da amik course gunting2 rambut nih. Nak bukak salon katanya, Jadi gunakan khidmat dia saja. Tk perlu la susah beratur kat salon time raya ni kan. Tp aku idak la gunting pjg. Just trim2 bhgn bwh rambut shj. Lepas tu dia blow kan rambut. Wahh. Best. Best.

Lps tu siap2 utk berbuka. Dh jd tradisi kami, last day berbuka slalunya kami makan lemang cicah sardin. Haha. My dear tak penah makan mcm ni, tp dia try je. Huhu. Family aku mmg sker lemang cicah sardin tu. Jd wajib lak. Tp masa buka puasa tu je la. Ari raya tak la hidang kat tetamu. Ari raya makan ngan rendang lah.


See..ada lemang n sardin di situ. Ada gak spegeti bologneise akak aku buatkan.


Gmbr atas tu tgh tggu azan. Bwh tu makan time...anak buah aku yg amik kan gmbr nih.

Mlm tu lepas isyak, baru potong2 sayur utk kuah lodeh and tolong mak buat kuah kacang. Lepas tu tgk tibi. Lepas tu tido...

Pnstoberi: mlm itu cam biasalah..dpt sms "sent to all" ari raya. Jadilah kan..itu pun org igt kat aku ye dok..tp sori kengkawan..aku mmg tak reply..dan aku rs derang pun tak kesah sbb derang pun tak igt kat sapa derang anta. Haha. Eh..cop, aku reply ngan MMS..tp ada yg tak support MMS. Apakah tipon korang tiada gprs?? Kahhh!!!! Dang...!! (haha.aku pun br je aktipkan gprs tu b4 raya retu..kalo tak..nan ado gak)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign