Pages

4 February 2009

~HaDiAH~

Korang mesti pernah/selalu dpt/bagi adiah kan?
Paling byk kita dpt adiah mesti masa kawen kan.
Dan aku pun tak terkecuali la kan. Smpai la sebulan lebey kawen ni pun still ada org kasik adiah.



adiah masa kawen belah lelaki

Aku ni mmg sker bagi adiah kat org. Tatau kenapa tapi kalo org yg aku bg adiah tu dpt/bukak adiah dpn aku, aku rasa puas dan seronok.Dulu ex2 bf aku mmg kerap la dpt adiah dr aku. Kalo tak adiah, kad ucapan mesti ada setiap bulan.

Nak lagi bes, bebaru ni aku nak beli baju kat my dear. Kat jusco AU2. AKu nak belikan T-Shirt POLO tu. Dia taknak. Boleh??? Kat dlm jusco tu gak aku majuk. Haha. Agaknya dia taknak la aku buang2 duit kan. Lepas tu dia pilih la baju. Tp bukan POLO la. Takat t-shirt kolar je. Puas ati!

Tu kesah aku bagi adiah kat org kan. Ni ada kisah org lak bagi adiah kat aku.

Cam biasa,kalo org kawen adiah paling glamer adalah “set gelas”-yg 6 bijik ngan jug tu. Mmg ber set2 aku dpt. Tp ada gak kengkawan yg call aku tnya apa aku nak. Derang ckp la bajet derang berapa. Itu ok. Aku sker. Bukan meminta. Tp kang dpt adiah yg sama byk2. Nak buat apa kan. Ex-osmet aku, Elly call aku tnya nak apa-aku ckp nak kipas angin.So, dia pun belikan kipas angin.Tup2, sorang lagi kawan opis aku belikan kipas gak. Kan..ha.tu la takmo tanya. Yelah kan, bukan adat org melayu ni tanya2 ni.Kang dikata meminta2.

kelihatan kipas meja adiah dari elly

Jadi brg2 umah, Alhamdulillah, complete la kiranya. Apa yg aku wishlist nak beli lepas kawen dh tercapai dgn bantuan derang ni. Dapo gas kaca yg aku idam2 kan pun dpt hasil dr pemberian unit aku. Juga mikrovawe yg dibagi oleh TKP aku (ha..sapa suh tnya “ida nak apa lagi hadiah?”) Mueheheheh. Ala, yg 17 liter tu je. Tp syukur sgt la. Berapa byk dh save.

Pd kengkawan yg bg adiah suma tu terima kasih la bebyk. Korang dh byk membantu. Saving byk dh tu.

Cumanya, ada la satu adiah ni. Set glass tu la. Bila bukak dr kotak, tgk jug dia dh pecah. Nak kata pecah dlm kotak tu aku carik serpihan kaca tu takde. Makna kata org tu tau menda tu dh pecah. Tp aku piker tentah org yg bagi tu bagi adiah kawen dia gak yg tak bukak lagi. Takkan dia nak kasik adiah dh pecah kan. Aku assume dia tak bukak kotak tu-samada dia balut lain atau terus je bagi dgn pembalut yg sama. Tp tu lah dia. Pengajaran yer-kalo nak ‘recycle’ adiah korang tu, please ok, bukak dulu kotak tu, check elok ke tak. Kalo jd cam aku dpt ni cemna. Walo aku tak ckp la semula kat org yg bg adiah tu (takkan aku nak drop her waterface kan) tp mesti aku dh rasa tak berapa bes kan. Mcm dpt adiah ter buang la pulak. Jdnya…harap2 jgn la bagi adiah recycle kat org.

Dan kalo nak carik adiah kawen kat org, jgn le carik set glass tu. Mangsa keadaan jadinya pengantin baru tu. Haru nak kena beli cabinet baru utk set glass yg ber dozen2 tu. Dulu unit aku pun kalo beli adiah kat kawan2 opis yg kawen ni, aku carikan glass. Tp dh terkena kat aku,aku tak mo dh. Sian derang. So, aku belikan cadar-which aku rasa lebih berbaloi dan berguna. Mcm aku, aku mmg ganti cadar every each 2 week. Aku sker tul tgk cadar bertukar2. So, aku perlukan byk cadar.

Dan aku tk sker nak recycle adiah bagi ke org. Aku simpan je la berderet2 set glass tu. Buat kenangan hingga ke anak cucu

cikstoberi : Nak bagi adiah pun susah,tak bagi adiah pun susah..haii...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign