Pages

20 April 2018

Sayangi Gigi Anda

Berapa batang gigi susu?
20 batang!

Berapa batang gigi kekal?
32batang!

Kalau gigi kekal dah cabut, apa akan jadi?
Takde lah gigi sehingga akhir hayat.


Haaaaa....
For the 1st time ever ni.
Selepas berpuluh tahun tak cabut gigi.
Akhirnya mak Rizq pergi cabut gigi secara terpaksa rela.

Huwa....
Kesahnya dalam 3 mggu lepas memang ada rasa sakit gigi.
Tapi, lepas kumur air garam, lepas kumur2 dgn listerine bagai.
Takde dah rasa sakit.
Itu sakit tang gigi bawah.

Tup tup hari Selasa lepas, makan macam kacang2 tu - pastu rasa macam tergigit something.
Ingat kot ada apa menda.
Rasa gigi macam ada yg bergoyang.
Belah atas. Rasa macam 3 dari belakang.
Gigi geraham kecil kot namanya tu.


Heyyy.. ko dah kenapa gigi. Tetiba boleh pecah pulak.
Tgk takde darah apa.
Terus gi gosok gigi.

Pastu tanya kengkawan - depa kata memang ada kes gigi pecah.
Mak Rizq pun google - ya, mmg ada kes gigi pecah.
Kengkawan kata sbb kita dah pregnant and skrg ni pulak ku menyusu badan.
Kalsium tak cukup.

Kawan2 kata, kalau tak cabut ni, lagi lama lagi sakit.
Rata2 kawan mak Rizq memang semua pernah cabut gigi.
So, terus lah google klinik gigi mana yg terdekat.
Terjumpa paling dekat dgn rumah n tempat tu memang familiar. Memang area tu ada klinik tempat kiterang selalu pegi. Tp klinik ni bhgn atas. Pastu dia tutup malam. Okay lah. Terus call. Dia kata bleh walk in.

Jadi, ptg tu, lps abis kerja, amik Rizq, terus pi klinik tu.
Kata nak cabut ja. Nurse tanya - sakit dak. Kata takde. Okay lah. Boleh cabut. Isi borang apa semua, tunggu lah kejap. Nervous juga woi sbb mcm tetiba ja. Takde persediaan apa pun ni. Balik kerja terus datang. Adoi.
Tak lama tunggu - terus nama dipanggil.

Dentist tanya apa masalah. Bagitahu gigi goyang.
Pastu dia kata dia nak check dulu.
"Takde tampalan" katanya.
Yup. Mak Rizq memang tak pernah tampal gigi seumur hidup.
Memang gigi mak Rizq takde prob dari kecik, tapi tu lah. Tak pernah nak check gigi ke apa ke. 
Pastu dentist kata meh kita buat scaling dulu. 
Ayuh lah. Mak pun dah lama nak buat scaling ni, tapi tertangguh2.
So, lps scaling baru lah bermula adegan menggodak gigi mak Rizq.
Phew.
Dia bius. Memang tak rasa sakit apa.
Tapi, rasa seksa betul nak menggodak gigi tu.
Tahu saja lah. Gigi dah berakar umbi kan.
Lama gak rasa nya dentist nak cabut semua tu.

Dah settle, keluar dari bilik tu, dak Rizq pandang mak dia cam pelik ja.
Agaknya dia pikir awat muka mak aku lain ni. Pastu dgn gigit kapas lagi lah.
Haha. Seyes, jadi bengkak muka je rasa. Senget abis muka bila kena bius tu.
Dapat ubat n kapas utk selit pada gigi.
Ubat tu, ubat tahan sakit ja. Dentist bagi PCM since mak Rizq kabo still breastfeeding. Oh. Dapat MC gak satu hari.

Balik rumah - darah still keluar.
Patut kapas tu kena sendalkan pada tempat cabut tu kuat sket.
Bila bius dah habis kesannya, macam ada sakit.
Ayah Rizq kata pi amik ice pack tu.
A ah. Iye tak ye. Memang berguna sgt ice pack ni.
Ice pack ni ice pack utk susu Rizq kalau bawa ke pengasuh. Ada dalam 4 pack. Okay lah. Apa2 hal, Rizq demam ke, memang amik ice pack ni ja.

Tak sakit. Tapi darah still banyak keluar. Macam tak berenti.
Mak Rizq mula lah macam kalut. Kena pi emergency ke cemna ni.
Haha.
Baca surah Al-Masad tu berulang2 sambil pegang pipi.
Last2 tertidur.

Bangun pagi tu, takde dah darah keluar.
Tapi, bila hembus hingus, segedebuk darah keluar skali.
Maybe dia naik ke hidung.
Naseb la memang selsema. So, darah tu keluar skali lah masa hembus hingus. Kalau tak selsema, mau bertakung plak darah dalam hidung. Eh. Takut.

Mak serik dah ni. Takmo lagi berulang gigi kena cabut.
Opah Rizq tu, dah umo 70 lebih pun still gigi semua elok.
Ada satu la kot dah cabut. Tu pun sbb sakit. Lain semua kukuh.
Anak 5 orang - tak minum susu - pun elok rilek ja.
Awat mak Rizq pulak jadi cemni.
Sedihnya la hai rasa.

Tapi, klinik gigi tu memang best.
Dentist baik. Nurse pun okay. Dentist muda. Perempuan. Baik je. Sikit2 maaf ya puan, pastu cakap pun lembut juga. Ailoike :D
Keadaan klinik pun okay. Dah la masa tu ramai plak bawak anak2. Dah rupa macam taska pun ada. Rizq siap main dengan bebudak yg ada kat situ.
Nanti bila dah habis masa nak bayar, dia bagi evaluation form. Suh evaluate doktor n klinik. Tak boleh fikir dah nak tulis apa masa tu. Fikir nak balik ja. Mak komen "doktor mesra pesakit"
Kuikuikui.
Pastu, esuknya depa ada call kita balik untuk follow up. Sebenarnya masa depa call tu, mak tak pick up. 2x tau depa call. No tak kenal. Memang mak tak pick up lah. Pastu baru tingat, eh, klinik tu kot. Tu tgk balik no kt web, mmg no klinik tu (depa anak no hp). Mak Rizq call lah balik. Nurse kot yg pick up - dia cuma nak tnya if ada apa2 masalah tak. If ada apa2 datang balik klinik katanya. Whoaa.. bagus betul service depa ni. Ni yg mak makin rasa suka nak pegi klinik gigi. Haha.

Masa kiterang sampai tak berapa ramai.
Tapi, bila aku keluar tgk fuh.. ramai tgh duk tunggu.
Ini maknanya klinik ni okay.
Baik lah. Lepas ni nak jadi regular customer klinik ni jugak lah.
6 bulan skali mesti nak pergi check gigi. Dan buat scaling.
Lps ni dalam bulan 10 atau sblm cuti sekolah nak pergi lagi.
Takmo dah cuai lagi.

Utk Rizq pulak, memang mak dah siap siaga.
Sekarang ni dia dah 2x check gigi.
Patut kena pi lagi ni. Bulan ni gak kena pegi ni utk check gigi.
Mak taknak jadi macam mak ni.
Sekarang gigi dak Rizq elok cantik ja.
Memang mak nak jaga bebetui.

Info : Mak Rizq pergi Klinik Pergigian Rohaya . Klik lah link mak bagi tu. Dia ada 2 branch. 
Okay sangat klinik gigi ni. Fully recommend.
Tapi, sebenarnya klinik ni dekat juga dengan klinik gigi kerajaan. Klinik gigi kerajaan ni tempat dak Rizq check gigi dia. Dia takpe gi gomen. Mak pergi private. Sbb mak takut. Haha.
Oh. Total mak kena RM250 (scaling - RM120, cabut gigi - RM120, ubat - RM10).

Pesta Buku 2018 - PWTC

Yey! Pesta buku datang lagi.

Setiap tahun dari tahun 2000 kot, tanpa gagal mak Rizq gi pesta buku ni.
Kecuali masa tahun 2016. Masa tu memang lah pregnant pun. Pulak tu depa pi buat kat Maeps sanun. Memang tidak lah nak pergi.

Last year pegi. Sbb dah buat kat pwtc semula.
Bawak dak Rizq.
Tapi masa tu okay lah lagi sbb dia duk elok je dalam gendongan (baby wearing).
Sekarang kau try tgk.
Mau dia menyusup2 entah ke mana2 nanti.
Ayah Rizq kata tak payah la.. awak gi je ngan Puspanita.

A ah kan.
Sebagai AJK Puspanita, mak Rizq pun w.app kt grup puspanita, suggest utk buat rombongan che kiah ke Pesta Buku. Hew..hew...
Hai. Lama lah sangat rasanya tak membaca novel.
Beli - tapi tak baca.
Tapi, tetap rasa nak beli.
Kalau pergi nak beli buku apa eh?
Hehe.
Tak fikir lagi. 
Tapi, memang kena pegi.
Bau buku tu satu ketenangan tau.
Best nya!

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign